Utusan Borneo (Sarawak)

Pendatang hamil bakar diri sendiri di kem Greece

-

ILE DE LESBOS: Seorang pemohon suaka dari Afghanista­n yang sedang mengandung lapan bulan telah dibenarkan keluar dari hospital pada Selasa selepas membakar dirinya sendiri pada hujung minggu di sebuah kem di pulau Lesbos di Greek, menurut kementeria­n migrasi.

Wanita berusia 26 tahun itu meletakkan dua anaknya di luar khemahnya pada Ahad lepas sebelum menyalakan api dalam tindakan untuk membakar dirinya hiduphidup, menurut polis.

Penghuni kem yang lain, anggota polis dan bomba telah membantu memadamkan api, tambah kenyataan itu.

Ketika diperiksa di hospital, wanita itu didapati mengalami masalah psikologi selepas permohonan­nya untuk ditempatka­n semula ke Jerman telah ditolak. Bagaimanap­un sumber dari kementeria­n menyatakan ini adalah “satu salah faham”.

Pihak berkuasa telah meminta wanita itu tinggal di Greece sehingga bayinya dilahirkan, namun dia tidak memahami perkara ini, menurut sumber kementeria­n.

Wanita itu dijangka akan pergi ke pejabat pendakwa raya di Mytilene, pekan utama di Lesbos, untuk didakwa atas tuduhan membakar khemahnya, kata polis.

Kem sementara di pulau tersebut, yang menempatka­n 6,000 pemohon suaka, telah segera disediakan selepas kebakaran memusnahka­n kem Moria yang paling ramai penghuni di Eropah.

Penghuni kem dan pejuang hak asasi pendatang telah mengecam apa yang mereka katakan sebagai keadaan yang semakin teruk di kem penempatan semula ketika musim sejuk.

Pada Selasa lepas, seorang kanak-kanak ditemui meninggal dunia selepas kebakaran di sebuah kem pelarian di utara Athens, kejadian terkini dalam siri insiden sebegini di sekitar Greece.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia