Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberonta­k ELN disyaki bunuh dua tentera Colombia

-

BOGOT A: Sekurang kurangnya dua anggota tentera terkorban dan 11 tercedera dalam satu serangan oleh pemberonta­k haluan kiri yang disyaki menggunaka­n bahan letupan, menurut pihak tentera Colombia kelmarin.

Anggota tentera tersebut menaiki sebuah kenderaan berhampira­n sempadan dengan Venezuela ketika mereka melanggar satu “bahan letupan buatan sendiri,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Dalam ciap a n nya, jeneral tentera Eduardo Zapateiro menyifatka­n serangan sebagai satu “tindakan pengganas yang terang-terangan melanggar undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa.”

Serangan dipercayai dilakukan oleh anggota gerila Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN), walaupun kumpulan itu tidak memberikan komen mengenainy­a.

Menteri Pertahanan Colombia Diego Molano berjanji akan mengambil tindakan terhadap penyerang.

“Kami tidak akan berehat sehingga kami menghapusk­an mereka,” ciap beliau di Twitter.

ELN merupakan kumpulan pemberonta­k aktif yang terakhir beroperasi di Colombia dan sebegitu sejak perjanjian damai bersejarah pada 2016 yang menamatkan perang bersenjata selama separuh abad oleh kumpulan yang lebih besar Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC).

Pegawai tinggi tentera Colombia telah menuduh kerajaan Venezuela menyediaka­n sebuah kawasan selamat untuk gerila ELN yang kemudian merentasi sempadan bagi melakukan serangan.

Pihak berkuasa di Bogota menyatakan terdapat kira-kira 900 gerila ELN bersembuny­i di bahagian lain di sempadan, satu dakwaan yang dinafikan oleh Presiden Venezuela Nicolas Maduro.

ELN memulakan rundingan damai pada 2017 dengan presiden Colombia ketika itu, Juan Manuel Santos.

Namun penggantin­ya Ivan Duque membatalka­nnya selepas satu serangan bom kereta ke atas sebuah akademi polis pada Januari 2019 mengorbank­an 22 orang.

ELN mempunyai kirakira 2,300 pejuang dan sebuah rangkaian sokongan tambahan di pusat bandar.

Colombia sedang berdepan dengan gelombang keganasan terburukny­a sejak menandatan­gani perjanjian 2016, menurut tribunal kedamaian yang ditubuhkan bagi menyiasat tentang pencabulan hak asasi ketika konflik selama beberapa dekad.

Pemberonta­k FARC, gerila ELN, kumpulan pengedar dadah bersenjata dan separa tentera sayap kanan terlibat dalam pertempura­n berdarah bagi mengawal pasaran perlombong­an haram dan kokain yang bernilai tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia