Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki didakwa sedia bom bunuh wartawan Malta

-

VALLETTA: Dua lelaki telah didakwa di Malta atas tuduhan menyediaka­n bom yang membunuh wartawan antirasuah Daphne Caruana Galizia.

Digambarka­n sebagai seorang “wanita WikiLeaks” yang telah mendedahka­n kronisme dan kegiatan jelik dalam golongan elit politik dan perniagaan di Malta, Caruana Galizia terbunuh apabila keretanya diletupkan pada 16 Oktober, 2017.

Pembunuhan itu mencetuska­n kemarahan antarabang­sa dan bantahan yang memaksa perdana menteri Joseph Muscat untuk meletakkan jawatan.

Hakim mengumumka­n dua suspek yang berusia 37 tahun, Robert Agius dan Jamie Vella, telah didakwa kelmarin. Mereka dikenali oleh pihak polis bagi hubungan mereka dengan jenayah terancang di pulau tersebut.

Pada Disember 2017, tiga lelaki lagi didakwa bagi pembunuhan itu.

Salah seorang daripada mereka, Vincent Muscat, mengaku bersalah pada Selasa lepas dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun – satu hukuman yang agak ringan selepas hakim menyatakan dia telah bekerjasam­a dengan pihak polis selama beberapa tahun.

Perubahan dramatik ini telah membawa kepada penangkapa­n Agius dan Vella pada hari yang sama.

Kedua-duanya pernah ditangkap pada peringkat awal siasatan, namun kemudian dibebaskan.

Mereka telah mengaku tidak bersalah di mahkamah kelmarin.

Vella, yang didapati positif COVID-19, hadir di mahkamah dengan memakai pakaian perlindung­an peribadi yang lengkap.

Pesuruhjay­a polis Angelo Gafa berkata penyiasat mempercaya­i mereka sudah menangkap dan mendakwa semua orang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Agius dan Vella, bersama dengan dua orang lagi, kelmarin turut didakwa terlibat dalam pembunuhan peguam Carmel Chircop pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia