Utusan Borneo (Sarawak)

Sebuah program pencarian pelawak ‘komediri’

-

PROGRAM realiti terbaharu Astro, ‘Gelak: Gempak’, yang berkonsepk­an pertanding­an pencarian bakat hasil kerjasama dengan LOL Asia bagi kategori pelawak komedi berdiri atau ‘komediri’ (stand-up comedian) telah pun menemui penonton sejak 5 Februari lepas.

Program 10 episod ini bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim secara percuma untuk pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO dan on demand.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh dalam satu kenyataan baru-baru ini, jika diperhatik­an, genre lawak stand-up atau komediri dalam industri lawak mempunyai audiens yang rata-ratanya hadir daripada masyarakat bandar dan bersifat urban.

“Sebagai peneraju kandungan komedi yang berupaya untuk menjangkau kepada segmen penonton yang lebih luas, kami di Astro Warna amat teruja untuk bekerjasam­a dengan LOL Asia bagi penerbitan pertanding­an ‘Gelak: Gempak’ ini agar dapat membawa seni lawak komediri menembusi audiens massa dengan capaian yang lebih meluas, dan membangkit­kan bakat baharu sebagai pelapis industri,” katanya.

Tambah beliau lagi, kejayaan pelawakpel­awak kelahiran Astro yang berjaya menempa nama sebagai pemain utama dalam industri seni tanah air seperti Nabil Ahmad, Jihan Muse, Zizan Razak dan Johan menjadi pemangkin semangat bagi mereka untuk meneruskan usaha penghasila­n pelbagai sajian kandungan lawak bagi santapan para audiens.

Menerusi ‘Gelak: Gempak’, setiap peserta akan diadili berdasarka­n pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesiona­l yang terdiri daripada nama-nama besar industri komedi termasukla­h Dato’ Afdlin Shauki, Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad.

Kesemua juri bakal menilai para peserta berdasarka­n tahap kreativiti, persembaha­n pentas serta isi kandungan jenaka.

Sementara itu, pelawak komediri tersohor Prakash Daniel hadir sebagai jurulatih jemputan bagi para peserta.

Bagi memeriahka­n lagi penerbitan program ‘Gelak: Gempak’, Harith Iskander dan Douglas Lim turut diundang sebagai juri serta mentor jemputan.

Juara keseluruha­n bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM25 ribu sumbangan Astro, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing pula akan menerima RM7 ribu dan RM3 ribu.

Sebuah trofi juga akan diberikan kepada ketigatiga pemenang.

Siaran rakaman program ‘Gelak: Gempak’ dipancarka­n setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim secara percuma untuk pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO dan on demand.

Program ‘Gelak: Gempak’ ini turut disokong oleh Zon Lawak yang hadir di bawah payung jenama Gempak selaku Rakan Digital Rasmi.

Dapatkan info terkini mengenai program ini di laman web rasmi Gempak (www.gempak.com).

 ??  ?? SHERRY ALHADAD
SHERRY ALHADAD
 ??  ?? GELAK GEMPAK: Nabil Ahmad (kiri) dan Douglas Lim.
GELAK GEMPAK: Nabil Ahmad (kiri) dan Douglas Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia