Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Penghadang lutsinar di Mahkamah Lembah Klang mulai 1 April

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah di Lembah Klang akan dilengkapi dengan penghadang lutsinar secara berperingk­at mulai 1 April dalam usaha mencegah penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan mereka yang hadir ke mahkamah.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n (PKPMP) Putrajaya ketika dihubungi Bernama berkata, penghadang lutsinar berkenaan akan dipasang di meja peguam, tempat saksi, kandang tertuduh dalam bilik perbicaraa­n mahkamah dan bilik reman.

Menurut PKPMP, badan kehakiman telah memulakan projek rintis bagi pemasangan penghadang lutsinar tersebut di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang bermula awal bulan ini.

“Inisiatif pemasangan penghadang adalah selaras dengan usaha badan kehakiman untuk mencegah penularan COVID19 di premis mahkamah dan memastikan perkhidmat­an dan penyampaia­n keadilan dapat berjalan dengan selamat, teratur dan lancar,” katanya.

Pengurusan tertinggi badan kehakiman telah bersetuju memperluas­kan pemasangan penghadang di mahkamahma­hkamah di Lembah Klang susulan projek rintis di Mahkamah Sepang, jelasnya.

Ketika dihubungi, peguam Zaflee Pakwanteh, 51, yang berada di Mahkamah Majistret Sepang pada Isnin bagi sebutan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya memuji langkah pemasagan penghadang lutsinar di mahkamah itu.

“Saya sangat bersetuju dengan pemasangan penghadang itu terutama di kandang pesalah. Itu yang paling penting bagi menjaga keselamata­n jurubahasa mahkamah dan peguam yang perlu berdepan dengan orang kena tuduh.

“Sebelum ini saya memakai pelindung muka ketika berurusan di mahkamah,” kata peguam itu yang berpengala­man 25 tahun dan mengendali­kan kes di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang sejak 2009.

Sementara itu, peguam Datuk Sheelan Arjunan, 44, yang berada di Mahkamah Majistret Sepang pada 8 Februari lepas untuk sebutan kes seorang artis India tempatan dikenali sebagai VJ Emergency yang didakwa membunuh, berkata penghadang itu telah dipasang di mahkamah berkenaan semasa prosiding anak guamnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia