Utusan Borneo (Sarawak)

Man City menang di Budapest, hampiri suku akhir

Guardiola menegaskan pasukannya masih perlu ‘lebih berbisa di jentera serangan’ meskipun menang

-

“Setiap kali apabila beliau (Silva) bermain, beliau sememangny­a seorang pemain yang sangat hebat dan benarbenar bagus di udara, gol penyudah ” beliau juga cantik. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

BUDAPEST: Manchester City menghampir­ikelayakan ke suku akhir Liga JuaraJuara selepas menewaskan Borussia Moenchengl­adbach pada perlawanan pertama pusingan kedua Rabu lepas tetapi pengurusny­a, Pep Guardiola menegaskan pasukannya masih perlu ‘lebih berbisa di jentera serangan’.

Gol separuh masa pertama oleh Bernardo Silva dan jaringan Gabriel Jesus dalam separuh masa kedua memastikan City memperbaik­i rekod menang 19 perlawanan berturut-turut dalam semua pertanding­an.

City, yang juga pendahulu Liga Perdana Inggeris, berkampung dalam kawasan Moenchengl­adbach hampir sepanjang perlawanan, yang dipindahka­n ke Hungary kerana sekatan kawalan pergerakan COVID-19 di Jerman.

Walaupun menguasai permainan, City mengambils­edikit masa untuk menembusi benteng Moenchengl­adbach, yang kerap dipintas pemain pertahanan kiri, Ramy Bensebaini.

Ketika Guardiola berkata selepas perlawanan bahawa beliau ‘gembira’dengan keputusan, beliau menambah City ‘harus meningkat’ untuk mencabar kejuaraan Liga Juara-Juara.

“Kami mengawal permainan. Malangnya kami tidak cukup berbisa di jentera serangan, ia sesuatu yang perlu diperbaiki pada pertanding­an ini. Kami tidak cukup bagus dalam kotak penalti, kami tidak mengelecek bola dan tidak melakukan cukup rembatan,” kata Guardiola.

“Dalam pertanding­an ini, anda harus menjadi sempurna untuk memastikan anda meneruskan kemaraan,” kata beliau.

Membuat penampilan sulung di peringkat kalah singkir, Moenchengl­adbach mendapat galakkan dari jurulatihn­ya, Marco Rose untuk lebih berani menentang City.

Alassane Plea hampir membuka jaringan buat Moenchengl­adbach pada minit ke-20 selepas satu serangan pantas tetapi pasukan tuan rumah akhirnya bolos selepas asakan demi asakan City pada minit ke29.

Satu umpanan sempurna dari Joao Cancelo melepasi pertahanan Gladbach dengan bola sampai ke kepada Silva untuk melakukan tandukan menewaskan penjaga gol Yann Sommer.

“Kami cuba bermain mudah dan tidak melakukan kesilapan. Ia adalah satu kemenangan yang baik untuk kami tetapi ia belum berakhir,” kata Silva.

“Setiap kali apabila beliau (Silva) bermain, beliau sememangny­a seorang pemain yang sangat hebat dan benar-benar bagus di udara, gol penyudah beliau juga cantik,” kata Guardiola.

Pada awal separuh masa kedua, Jesus melengkapk­an jaringan dari umpanan Silva untuk mengesahka­n kemenangan ke-19 berturut-turut City dalam semua pertanding­an dan perlawanan keenam berturut-turut dalam kejohanan ini dengan pasukan tanpa bolos.

Gladbach, yang hanya mempunyai satu cubaan tepat sepanjang perlawanan, berdepan tugas berat pada perlawanan kedua di Manchester pada 16 Mac depan.

“Kami selayakn-yatewaskep­adalawan yang sangat kuat, anda tidak mendapat banyak peluang menentang lawan seperti ini, kami tidak dapat langsung melakukan serangan,” kata Rose. “Ia mungkin lebih baik untuk menjaringk­an gol untuk berada pada kedudukan lebih baik di perlawanan kedua.”

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Gabriel Jesus (kanan) menjaringk­an gol pada perlawana Liga Juara-Juara di antara Borussia Moenchengl­adbach menentang Manchester City di Puskas Arena di Budapest, kelmarin.
— Gambar AFP LEDAK: Gabriel Jesus (kanan) menjaringk­an gol pada perlawana Liga Juara-Juara di antara Borussia Moenchengl­adbach menentang Manchester City di Puskas Arena di Budapest, kelmarin.
 ??  ?? SILVA
SILVA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia