Utusan Borneo (Sarawak)

Holloway pecah rekod lama Jackson

-

PARIS: Atlet Amerika Syarikat (AS), Grand Holloway, memecah rekod lama acara 60 meter lompat pagar dalam dewan yang dimiliki Colin Jackson pada satu kejohanan di Madrid Rabu lepas.

Juara dunia acara 110 meter lompat pagar itu mencipta masa 7.29 saat untuk mengatasi rekod lama Jackson yang dicipta pada 1994. Holloway sudah mencatat masa 7.32 saat pada peringkat saringan dan mencipta rekod baharu dengan bergaya di final, diikuti Andre Pozzi dari Britain di tempat kedua dengan masa 7.51 saat.

“Saya tidak mahu berkata ia perlumbaan sempurna tetapi saya menyamai rekod peribadi saya pada peringkat saringan dan ia biasanya bermakna saya boleh berlari lebih pantas di final,” kata Holloway.

“Saya berkata sebelum perlumbaan bahawa jika rekod tumbang, ia akan tumbang. Saya tahu bahawa rekod tidak akan bertahan selama-lamanya dan apabila saya tidur malam ini – jika saya tidur – ia pastinya sejarah.

“Rekod kejohanan dunia (12.80) sememangny­a dalam buruan saya tetapi saya mahu menikmati rekod ini terlebih dahulu, dan kemudian keutamaan saya ialah memenangi kejohanan kelayakan Olimpik dan kemudian memenangi pingat emas di Olimpik.”

Atlet berusia 23 tahun itu berada dalam prestasi memberangs­angkan sepanjang musim sejuk, berlari di bawah 7.40 saat sebanyak 10 kali.

Dua larian pantas beliau pada Rabu – menambah prestasi memberangs­angkan di Lievin pada 9 Februari, Fayettevil­le pada 24 Januari dan di Birmingham pada Mac 2019 – bermakna beliau sudah mencipta lima dari lapan masa terbaik dalam sejarah acara ini.

Beliau juga belum tewas dalam 41 perlumbaan dalam acara 60 meter sejak membuat penampilan sulung di peringkat senior lebih empat tahun yang lalu tetapi harus menunggu dua tahun lagi untuk menyerlah pada Kejohanan Olahraga Dunia.

Kejohanan yang sepatutnya berlangsun­g di Nanjing tahun lepas, telah ditunda ke bulan Mac tahun ini kerana pandemik COVID-19 tetapi ditangguhk­an sekali lagi ke tahun 2023.

Bagaimanap­un, ada banyak jangkaan sama ada beliau boleh mengatasi catatan terbaik beliau dalam acara 110 meter dengan masa 12.98 saat pada Sukan Olimpik Tokyo tahun ini, sekiranya ia masih terus dijadualka­n seperti dirancang selepas tertangguh dari tahun lepas.

Dalam acara yang sama untuk wanita, Nadine Visser dari Belanda, menyamai catatan masa terbaik musim ini – 7.81 saat untuk muncul juara.

Dalam acara lain, Gudaf Tsegay memenangi acara 3,000 meter wanita dengan masa 8 minit 22.65 saat – catatan kedua terpantas dalam sejarah kejohanan dalam dewan – dan kelihatan cergas selepas memenangi acara 1,500 meter dengan rekod dunia dalam dewan awal bulan ini.

Tsegay juga mencatatka­n masa terbaik 800 meter musim ini pada kejohanan di Perancis 10 hari yang lalu.

 ??  ?? HOLLOWAY
HOLLOWAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia