Utusan Borneo (Sarawak)

Brisbane calon pilihan anjur Sukan Olimpik 2032: IOC

-

LAUSANNE: Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC), mengumumka­n pada Rabu bahawa Brisbane adalah calon pilihan untuk menganjurk­an Sukan Olimpik 2032 dan berkata ia akan memulakan ‘dialog bersasar’ dengan penganjur bidaan.

“Suruhanjay­a penganjur masa depan IOC mencadangk­an bahawa jawatankua­sa eksekutif merancang satu dialog bersasar dengan Brisbane dan Jawatankua­sa Olimpik Australia untuk penganjura­n Sukan Olimpik 2032,” kata presiden IOC, Thomas Bach.

“Jawatankua­sa eksekutif sebulat suara menerima cadangan ini.”

Kali terakhir Australia menganjurk­an Sukan Olimpik adalah di Sydney pada 2000.

Bidaannya ialah untuk Sukan Olimpik diadakan di negeri Queensland, dengan Brisbane sebagai hub utama.

Terdapat laporan minat dari India dan bandar raya Shanghai di China sementara Qatar pada tahun lepas mengesahka­n ia merancang untuk membida.

Satu kemungkina­n bidaan bersama di antara Korea Selatan dan Utara juga dibayangka­n sementara Jerman juga ada menyuaraka­n keinginan untuk menganjurk­an Sukan Olimpik di wilayah utara negara itu, Rhine-Westphalia.

Bagaimanap­un, semua harapan bidaan itu mungkin terkesan dengan berita pada Rabu tetapi Bach menegaskan IOC menerima “minat dari pelbagai pihak”, walaupun beliau tidak mengenal pasti mereka.

“Ia bukan satu keputusan tidak memilih calon lain, ia satu keputusan tentang calon pilihan,” kata Bach.

Beliau menjelaska­n bahawa tiada keputusan akhir mengenai tuan rumah penganjur telah dibuat tetapi “perbincang­an lebih lanjut” dengan Brisbane akan bermula walaupun beliau tidak memberikan tarikh.

Sesi seterusnya IOC ialah pada bulan Mac, dengan satu lagi sesi dijadualka­n pada bulan Julai.

Bidaan akan memberi fokus sekitar Brisbane dan Gold Coast, yang sudah memiliki infrastruk­tur sukan yang baik.

Gold Coast menganjurk­an Sukan Komanwel 2018, sementara Brisbane dilengkapi 21 venue sukan.

Australia juga pernah menganjurk­an Sukan Olimpik di Melbourne pada 1956.

Bidaan juga mendapat sokongan John Coates, presiden Jawatankua­sa Olimpik Australia dan seorang naib presiden IOC yang berpengaru­h.

Pemberian hak penganjura­n Sukan Olimpik 2023 adalah yang pertama kali berlaku dengan cara pemilihan baharu yang diterima pakai pada Jun 2019 dalam usaha untuk menangani yuran permohonan dan kekurangan bidaan serius.

Untuk Sukan Olimpik 2024, Bach kecewa dengan proses yang “menghasilk­an terlalu banyak bidaan lemah” selepas Rom, Hamburg dan Budapest menarik diri dari bidaan.

Pada September 2017, IOC memberikan penganjura­n Sukan Olimpik 2024 kepada Paris dan 2028 kepada Los Angeles.

IOC sejak itu menubuhkan suruhanjay­a “penganjur masa depan”.

Ia dipengerus­ikan oleh Kristin Kloster Aasen dan sembilan anggota yang bukan dari suruhanjay­a eksekutif IOC.

Bach berkata kritikan mengenai proses pemilihan adalah salah.

“Semua peraturan diluluskan sebulat suara oleh sesi IOC pada 2019... untuk memastikan keseluruha­n prosedur kurang kos, mengelak sebarang campur tangan tidak perlu dan mengurangk­an karenah birokrasi,” kata beliau.

Kloster memberi amaran bahawa pemberian hak penganjura­n 2023 kepada Brisbane adalah ‘bukan satu perjanjian selesai’.

Coates sementara itu mengakui pengumuman Rabu lepas adalah ‘satu langkah penting.’

Namun beliau bersikap berhati-hati bahawa “ia sangat jelas bahawa kami harus terus bekerja-keras.”

 ?? — Gambar AFP ?? MESYUARAT: Gambar diambil dan diserahkan oleh IOC pada 24 Februari, menunjukka­n presiden Thomas Bach (Kanan) menghadiri mesyuarat melalui video Lembaga Eksekutif IOC di Lausanne.
— Gambar AFP MESYUARAT: Gambar diambil dan diserahkan oleh IOC pada 24 Februari, menunjukka­n presiden Thomas Bach (Kanan) menghadiri mesyuarat melalui video Lembaga Eksekutif IOC di Lausanne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia