Utusan Borneo (Sarawak)

Mendy jaring gol tunggal di Atlanta, Real di ambang suku akhir Liga Juara-Juara

-

BERGAMO: Ferland Mendy meletakkan Real Madrid diambang kelayakan ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menjaringk­an gol tunggal kemenangan di Atalanta pada Rabu.

Pemain dari Perancis itu menjaringk­an gol empat minit sebelum tamat permainan pada perlawanan pertama pusingan kedua kejohanan, dengan pasukan tuan rumah bermain 10 pemain hampir sepanjang 70 minit permainan, sekali gus memberikan Real kelebihan menjelang perlawanan kedua di Madrid pada 16 Mac depan.

“Ia bukan prestasi terbaik kami tetapi gol di tempat lawan sentiasa penting,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

“Kami tahu kami harus bermain perlawanan kedua dan menang di sana.”

Atalanta menyerang awal tetapi permainan mereka berubah serta-merta apabila Remo Freuler dibuang padang pada minit ke-17 kerana mengasari Mendy di hujung kotak penalti.

Nasib Atalanta semakin buruk apabila penyerangn­ya, Duvan Zapata terpaksa dikeluarka­n selepas setengah jam permainan kerana kecederaan, dan diganti oleh Mario Pasalic.

“Permainan kami terjejas,” kata jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku jika 11 lawan 11.

“Saya mungkin akan digantung kerana berkata sesuatu dalam Serie A, jika saya berkata sesuatu sekarang, maka UEFA (badan induk bola sepak Eropah) akan menggantun­g saya selama sebulan. Tetapi ini membunuh sukan bola sepak.

“Cukuplah dengan pengadil yang tidak pernah bermain perlawanan dan tidak tahu perbezaan di antara cabaran dan kekasaran.

“Kami akan ke Madrid untuk menang.”

Pemain tengah, Isco, mendapat peluang beraksi dalam kesebelasa­n utama bersamasam­a Marco Asensio dan Vinicius Junior untuk Real.

Juara Eropah sebanyak 13 kali itu beraksi tanpa penyerang utama, Karim Benzema kerana kecederaan, dengan senarai kecederaan lain termasuk Sergio Ramos, Eden Hazard dan Dani Carvajal.

Tetapi Real gagal mengambil sepenuh peluang beraksi dengan lebih seorang pemain walaupun mempunyai peluang terbaik dalam separuh masa pertama dari tandukan Casemiro, dengan Nacho, Isco dan Vinicius juga mempunyai peluang.

Atalanta terus menyerang dengan Luis Muriel terlepas peluang empat minit sebelum rehat sementara penjaga gol Atalanta, Pierluigi Gollini, beraksi tangkas mengekalka­n kedudukan 0-1 apabila menepis tandukan Casemiro sebelum rehat.

Josip Illicic dimasukkan menggantik­an Muriel pada minit ke-56 tetapi dikeluarka­n semula empat minit sebelum tamat permainan kerana gagal memberikan sebarang impak.

Tidak lama selepas itu, Real memecah kebuntuan apabila Mendy menewaskan Gollini dengan satu rembatan cantik.

Real kini memiliki kelebihan tipis pada perlawanan kedua selepas gagal layak ke suku akhir pada dua musim terakhir.

Atalanta memerlukan kemenangan bersejarah untuk melangkah ke suku akhir untuk tahun kedua berturut-turut.

Atalanta melangkah ke suku akhir musim lepas apabila menewaskan Valencia 4-1 di hadapan 45,000 penonton di San Siro di Milan musim lepas, perlawanan yang dianggap salah satu punca penularan COVID-19 dengan pantas di Itali dengan Bergamo menjadi pusat utama penularan pandemik itu di Itali.

Mereka bermain pada musim kedua dalam Liga Juara-Juara tetapi perlawanan Rabu lepas adalah perlawanan pertama peringkat kalah singkir di gelanggang sendiri, yang menjalani naik taraf musim lepas ketika mereka melangkah ke suku akhir.

Dan ribuan penyokong tidak mengendahk­an rayuan pasukan untuk tidak datang ke stadium apabila sekumpulan besar penyokong berkumpul di luar stadium pada perlawanan itu.

 ?? — Gambar AFP ?? GOL TUNGGAL: Mendy (kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Juara-Juara di antara Atalanta menentang Real Madrid stadium Atleti Azzurri d’Italia di Bergamo, kelmarin.
— Gambar AFP GOL TUNGGAL: Mendy (kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Juara-Juara di antara Atalanta menentang Real Madrid stadium Atleti Azzurri d’Italia di Bergamo, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia