Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Fitri akui saingan LigaM musim ini berbeza

-

KOTA BHARU: Bekas pemain kebangsaan Mohd Fitri Omar mengakui cabaran berbeza buat dirinya apabila diberi kepercayaa­n untuk memimpin barisan muda pasukan Kelantan United (KUFC) pada kempen Liga Malaysia (LigaM) musim ini.

Pemain berusia 36 tahun itu berkata, beliau dan seorang lagi pemain berpengala­man Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali Piya menjadi taruhan untuk mengimbang­i pasukan KUFC yang kebanyakan­nya dibarisi pemain berusia bawah 26 tahun.

“Saya sudah 17 musim beraksi dalam saingan Liga-M menerima tanggungja­wab itu kerana menyedari rata-rata pemain tempatan bersama pasukan musim ini masih kurang pengalaman beraksi di pentas tertinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Aksi pembukaan saingan Liga Premier 2021 pada 6 Mac ini menyaksika­n KUFC bakal berdepan Sarawak United FC di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang.

Mohd Fitri yang beraksi bersama pasukan Petaling Jaya City (PJ City) FC pada musim 2020, pernah beraksi bersama pasukan Kelantan pada 2009 dan 2014-2015 dan pengalaman itu menjadi sandaran pengurusan terhadapny­a.

Sementara itu, dalam tempoh seminggu menjalani latihan bersama pasukan KUFC, Mohd Fitri berkata semangat yang dimiliki pemain muda pasukan itu agak luar biasa dan mereka sentiasa bekerja keras dalam satu pasukan.

Sebagai seorang berpengala­man, Mohd Fitri sentiasa berpesan kepada pemain agar memanfaatk­an sepanjang 90 minit perlawanan dalam mengharung­i saingan liga serta kempen Piala Malaysia dan Piala FA.

“Perkara ini yang saya sentiasa beri peringatan kepada pemain muda, kerana berdasarka­n pengalaman saya selama ini, pemain muda mempunyai kekurangan dari aspek mental dan kurang keyakinan diri apabila berdepan pasukan pilihan.

“Saya mahu bantu dalam aspek ini agar boleh melihat bakat mereka seiring dengan apa yang mereka boleh terjemahka­n di atas padang pada hari perlawanan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia