Utusan Borneo (Sarawak)

Messi jaring gol berganda, Barcelona membelasah Elche 3-0

-

MADRID: Lionel Messi melepasi Luis Suarez sebagai penjaring terbanyak La Liga Sepanyol pada Rabu selepas menjaringk­an gol ke-17 dan 18 beliau musim ini ketika Barcelona membelasah Elche 3-0 dalam aksi La Liga Sepanyol.

Barca seri dengan Cadiz di tempat sendiri Ahad lepas setelah tewas kepada Paris Saint Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu lepas tetapi mereka mengurangk­an kerisauan apabila mencapai kemenangan selesa ke atas Elche di Camp Nou.

Dua gol Messi adalah dari umpanan cantik Martin Braithwait­e dan Frenkie de Jong dengan Jordi Alba menjaringk­an gol ketiga.

Selepas gagal mengambil sepenuh peluang dari kekalahan pendahulu liga, Atletico Madrid kepada Levante Sabtu lepas, kemenangan ini meletakkan Barca di tangga ketiga, lima mata di belakang Atletico dan bermain lebih satu perlawanan.

“Kami tidak mampu untuk tewas lagi,” kata jurulatih Barca, Ronald Koeman. “Masalahnya ialah kami tidak cukup bagus dari awal dan kami harus menang semua perlawanan sekarang jika mahu melakukan sesuatu dalam liga.”

Malah jika Atletico ternyata terlalu sukar untuk dikejar, prestasi positif adalah penting terutama sekali menjelang perlawanan separuh akhir kedua Copa del Rey menentang Sevilla, berkemungk­inan peluang terakhir Barca untuk memenangi trofi musim ini.

Kepulangan prestasi cemerlang Messi juga satu perangsang kepada pasukan. Pemain berusia 33 tahun itu mendapat perbanding­an dengan bintang PSG, Kylian

Mbappe minggu lepas tetapi prestasi beliau pada Rabu menunjukka­n kerjaya beliau masih belum berakhir.

Ini adalah gol kelima dan keenam Messi dalam empat perlawanan terakhir ketika tiada pemain dari lima liga utama di Eropah sudah menjaringk­an lebih gol berbanding 13 gol beliau tahun ini dalam semua pertanding­an. Bintang Bayern Munich, Robert Lewandowsk­i, paling hampir dengan 12 gol.

“Apabila kita bercakap tentang pemain berusia, ia bukan Leo,” kata Koeman. “Kualiti dan permainan beliau masih mengagumka­n. Ada pemain berusia dan ada juga pemain yang mampu membuat perbezaan kepada keputusan permainan.

“Beliau menunjukka­nnya sekali lagi hari ini bahawa beliau adalah pemain yang sangat penting untuk pasukan ini.”

Francisco Trincao dan Frenkie de Jong mempunyai peluang awal untuk Barca sementara Elche hampir membuka jaringan tetapi rembatan Luacs Boye melambung tinggi.

Namun, permainan menarik pada awal permainan itu berakhir tanpa jaringan pada masa rehat.

Koeman menggantik­an Miralem Pjanic pada masa rehat dan memasukkan Ousmane Dembele.

Barcelona memerlukan dua minit selepas rehat untuk menjaringk­an gol apabila Messi menyempurn­akan umpanan Braithwait­e sebelum Frenkie de Jong mengumpan gol kedua Messi pada minit ke-68 untuk menamatkan saingan Elche.

Jordi Alba melengkapk­an jaringan pada minit ke-73 dari satu lagi umpanan cantik Braithwait­e. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia