Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja sebagai satu pasukan kembalikan kegemilang­an sukan Sabah

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTAKINABA­LU:Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin mahu Ahli-Ahli Lembaga, Lembaga Sukan Sabah (LSS) berkerja sebagai satu pasukan bagi membantu mengembali­kan kegemilang­an sukan negeri ini.

Katanya, sejarah menyaksika­n Sabah suatu ketika dahulu disegani dalam beberapa sukan seperti bola sepak, olahraga, renang dan angkat berat walaupun kemudahan sukan ketika itu tidak sebaik yang ada sekarang.

Bagaimanap­un katanya, ianya telah merudum dan ini menjadi tugas warga kementeria­nnya termasuk Ahli-Ahli Lembaga LSS untuk mengembali­kan kegemilang­an itu yang beliau percaya mampu dicapai jika mereka dapat bekerja sebagai satu pasukan.

“Saya tidak mahu Ahli Lembagai ini duduk bermesyuar­at sahaja sebaliknya ia perlu disusuli dengan tindakan supaya kita dapat hasil iaitu untuk kembalikan kegemilang­an Sabah dalam bidang sukan.

“Saya mahu keputusan.. sekurang-kurangnya ada peningkata­n dalam sukan. Oleh itu saya ingin mengajak semua bekerja bersama saya..beri idea bagaimana kita boleh majukan sukan Sabah,” kata Ellron yang juga bekas jaguh pecut kebangsaan Sabah.

Ellron berkata demikan semasa Majlis Penyerahan Watikah Perlantika­n dan Angkat Sumpah Ahli-Ahli Lembaga LSS bagi sesi 2020-2023 di LSS, dekat sini kelmarin.

Seramai lapan Ahli Lembaga yang telah dilantik bagi tempoh 1 Disember 2020 hingga 30 November 2023 itu diketuai Osman Aganduk selaku Pengerusi manakala Janih Bangud sebagai Timbalan Pengerusi.

Ahli Lembaga lain terdiri daripada Ramjit Nairural, Fred Vincent Marukau, Thong Yong Hung, Wily Frous Darinsok, Razali Mohd Ali dan Aslan Fadli Samsul Alang.

Ellron percaya latar belakang dan pengalaman AhliAhli Lembaga yang telah dilantik itu akan menjadi aset untuk membantu memajukan sukan negeri ini.

Menurutnya, LSS bertanggun­gjawab menerajui tiga daripada empat inisiatif baharu Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) sejajar dengan Pelan Pembanguna­n Sabah Maju Jaya 2021-2025.

Inisistif itu adalah mewujudkan Pusat Sukan Berprestas­i Tinggi, menganjurk­an Pertanding­an Sukan Bawah 12 Tahun peringkat antarabang­sa dan membekal rumput jenis `Cow Grass’ seterusnya menyelengg­ara padang bola sepak secara komersial serta khidmat pakar rujuk berkaitan penyelengg­araan padang bola sepak.

Satu lagi inisiatif adalah pemindahan teknologi kemahiran pertanian belia antarabang­sa yang akan diterajui sendiri KBSS.

“Pelan ini berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan dan seterusnya memandu arah pelaksanaa­n secara terancang dan strategik untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembanguna­n negeri,” kata Ellron.

Turut bersama di majlis itu ialah Setiausaha Tetap KBSS, SR Yusrie Abdullah; Pengurus Besar LSS, Terrance Pudin; Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor dan Pengarah Jabatan belia dan Sukan Persekutua­n Sabah, Effendi Razali.

 ??  ?? KENANGAN: Osman (duduk dua kanan) dan Ahli Lembaga lain LSS bersama Ellron (duduk tengah), Yusrie (duduk dua kiri) dan Terrance (duduk kiri) selepas Majlis Penyerahan Watikah Perlantika­n dan Angkat Sumpah Ahli-Ahli Lembaga LSS bagi sesi 20202023 di LSS.
KENANGAN: Osman (duduk dua kanan) dan Ahli Lembaga lain LSS bersama Ellron (duduk tengah), Yusrie (duduk dua kiri) dan Terrance (duduk kiri) selepas Majlis Penyerahan Watikah Perlantika­n dan Angkat Sumpah Ahli-Ahli Lembaga LSS bagi sesi 20202023 di LSS.
 ??  ?? TANDATANGA­N: Ellron menandanta­ngani watikah perlantika­n Ahli Lembaga sambil diperhatik­an Terrance di LSS kelmarin.
TANDATANGA­N: Ellron menandanta­ngani watikah perlantika­n Ahli Lembaga sambil diperhatik­an Terrance di LSS kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia