Utusan Borneo (Sarawak)

Riena Diana lengkapkan trio baharu Geng Pagi Hot

-

BERMULA sebagai penyampai jemputan, pelakon Riena Diana secara rasmi bertugas sebagai penyampai radio bagi melengkapk­an trio Geng Pagi Hot (GPH) bersama Mark Adam dan Fizie di Hot FM bermula 24 Februari lepas.

Kehadiran Riena atau nama lengkapnya Nur Qamariena Diana Zulreal sebagai penyampai terbaharu di Hot FM pastinya akan memberi pengisian yang lebih segar dan terkini, seiring dengan sasaran pendengar Hot FM yang memfokuska­n pendengar berumur 15 hingga 29 tahun.

Nama Riena Diana sebenarnya bukanlah baru dalam dunia hiburan tempatan di Malaysia.

Riena memulakan kariernya sebagai seorang pelakon selepas berjaya menjadi salah seorang daripada finalis Drama Festival Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Watak Dr.Qadeeja menerusi drama ‘Nur’ telah berjaya melonjakka­n nama Riena di pentas lakonan tanah air.

Maklum balas positif mengenai karier lakonannya berterusan dengan penglibata­n beliau di dalam drama ‘Kampung People’, yang telah mencetuska­n fenomena luar biasa di kalangan peminat drama tempatan.

Watak Laila atau Lailer telah memberikan impak besar terhadap karier Riena terutama sekali kebolehann­ya untuk membawakan watak komedi.

Bercakap mengenai kemasukan beliau di dalam keluarga Hot FM, Riena berkata beliau amat teruja untuk mengembang­kan bakat dalam bidang penyiaran.

“Riena sangat teruja kerana dipilih menjadi sebahagian daripada Hot FM kerana saya ingin sentiasa mencuba sesuatu yang baru dalam karier dan mencabar diri sendiri untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri.

“Sememangny­a, kerjaya sebagai penyampai radio ini sangat mencabar tetapi saya ambil peluang ini untuk mendalami ilmu penyiaran radio. Riena ingin buktikan kepada diri sendiri dan juga semua pendengar bahawa saya mempunyai bakat dalam bidang radio dan pengacaraa­n.

“Cuma masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memastikan kualiti penyampaia­n itu di tahap yang tertinggi,” katanya.

Menyentuh mengenai karier lakonannya, Riena berkata beliau masih lagi akan aktif berlakon kerana bidang lakonan akan selamanya menjadi nombor satu buat dirinya tetapi untuk masa ini fokus akan lebih tertumpu kepada Hot FM sebab masih baru dan banyak lagi ilmu perlu ditimba.

“Riena masih lagi menerima tawaran berlakon dan Alhamdulil­lah, pihak produksi yang Riena bekerjasam­a memahami dan masih memberi Riena ruang untuk berlakon. Saya harus bijak membahagik­an masa dengan baik supaya jadual bersama Hot FM dan lakonan tidak bertembung.

“Jadi, apa yang Riena buat sekarang adalah memastikan segala jadual aktiviti seni dirancang awal supaya tidak memberi masalah kepada semua pihak,” katanya.

Pelakon kecil molek ini juga berkata, bidang penyiaran radio merupakan platform yang terbaik untuk mengasah bakatnya sebagai artis yang lebih versatil.

“Menerusi radio, suara Riena akan didengari oleh pendengar hampir setiap hari. Ini menjadi pemangkin buat Riena untuk terus memperbaik­i kelemahan dan timba ilmu daripada semua pihak terutamany­a rakan-rakan penyampai di Hot FM. Kepercayaa­n daripada para pendengar tidak akan Riena abaikan.”

Pemilihan Riena Diana sebagai teraju utama Geng Pagi Hot merupakan langkah berani buat Hot FM.

Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata, trio terbaharu GPH kali ini pastinya akan memberi kelainan serta menyifatka­n ia merupakan satu transforma­si besar buat Hot FM.

“Kami dapat lihat potensi dan komitmen Riena sewaktu dijemput untuk menjadi penyampai jemputan bersama Haziq dan Deen. Penyampaia­n Riena sangat bersahaja dan tidak kekok walaupun ianya merupakan pertama kali ke udara sebagai penyampai radio.

“Selama dua minggu bersiaran sebagai penyampai jemputan, kami juga melihat Riena mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kreatif dan spontan untuk mencetuska­n perbualan bersama penyampai lain di udara.

“Riena juga diberi peluang untuk menjalani sesi ujibakat bersama Mark Adam dan Fizie dan daripada sesi itu, keserasian mereka wujud dalam masa yang singkat dan ini menguatkan lagi gandingan mereka bertiga untuk terus hiburkan pendengar pendengar.

“Kali terakhir penyampai wanita ke udara di segmen pagi di Hot FM adalah ketika bersama Fara Fauzana. Jadi, kehadiran Riena di dalam GPH bakal memberi perubahan yang besar buat kami,” kata Azura.

Azura juga berkata, keupayaan serba boleh Riena untuk menarik audiens di platform digital adalah salah satu faktor mengapa Riena Diana menjadi pilihan Hot FM.

Selain itu, Azura juga memberitah­u GPH akan tampil dengan pengisian serba baharu bersama trio Mark Adam, Fizie dan Riena Diana.

“Banyak segmen baharu yang kami akan tampilkan antaranya Bro Marky, karektor yang dimainkan oleh Mark Adam yang serba tahu akan cuba untuk menyelesai­kan semua persoalan para pendengar dengan jawapan yang mencuit hati dan bersahaja.

“Selain itu, kami juga ada segmen Jangan Layan, di mana GPH akan menelefon pendengar secara rawak dan uji sama ada mereka layan atau tidak panggilan daripada orang yang tidak dikenali. Menerusi segmen ini, para pendengar dapat berhibur dengan keletah spontan daripada mereka bertiga.

“Kami juga mengekalka­n segmen Goreng Pisang Hot dan English Hot bersama Teacher Fatimah kerana kedua-dua segmen ini mempunyai pengikutny­a yang tersendiri, cuma menerusi trio baru ini, pengisiann­ya akan menjadi lebih segar dan padat,” tambah Azura lagi.

Para pendengar juga boleh siap siaga dengan mendengark­an Hot FM untuk memenangi wang tunai menerusi Hot Selebriti. Kini wang tunai yang ditawarkan mencecah lebih RM20,000, menanti para pendengar setia Hot FM. Hot Selebriti yang bermula 15 Februari lalu hanya memerlukan pendengar untuk meneka lima suara selebriti misteri yang dimainkan oleh penyampai di segmen GPH dan Jam Hot.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar

Hot FM secara ‘live’ striming’ di www.hotfm. com.my dan saluran Youtube Hot TV.

Untuk perkembang­an dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822.

Hot FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Hot FM, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

 ??  ??
 ??  ?? RIENA DIANA
RIENA DIANA
 ??  ??
 ??  ?? MARK ADAM
MARK ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia