Utusan Borneo (Sarawak)

PKPB DI SARAWAK DILANJUTKA­N DARI 1 HINGGA 15 MAC

-

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutka­n untuk tempoh 14 hari berkuat kuasa 1 hingga 15 Mac ini.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, lanjutan tempoh PKPB ini dibuat susulan situasi kes positif yang semakin meningkat.

“JPBNS telah memutuskan untuk melanjutka­n PKPB di Sarawak berkuat kuasa 1 Mac 2021 jam 12.01 pagi hingga 15 Mac 2021 jam 11.59 malam,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) bagi Skim Penempatan Semula Sentosa, Fasa 2 di Sibu.

Arahan PKPD ini dibuat selepas penilaian risiko kes positif melibatkan kawasan Sentosa di Daerah Sibu.

Susulan itu, JPBNS memutuskan melaksanak­an PKPD bagi Sentosa, Sibu berkuat kuasa 27 Februari (jam 12.01 pagi) hingga 12 Mac 2021 (jam 11.59 malam).

Mengenai status kes mengikut daerah di negeri ini, Daerah Asajaya bertukar status kepada Kuning semalam setelah satu kes jangkitan tempatan baharu dikesan di daerah itu.

Daerah Bau bertukar status ke Jingga setelah merekodkan sebanyak 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Daerah Meradong, Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,514 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sembilan daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas.

Enam daerah iaitu Kanowit, Betong, Song, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruha­n 172 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Manakala Daerah Bintulu, Sarikei, Lundu, Selangau, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian dan Belaga kekal berstatus Kuning dengan 71 kes jangkitan tempatan.

Lain-lain daerah iaitu Matu, Lawas, Daro, Simunjan, Lubok Antu, Telang Usan, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu, Mukah, Pusa, Kabong dan Marudi kekal berstatus Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia