Utusan Borneo (Sarawak)

GPS terus komited perkasa pendidikan

Peruntukan besar disalur bangunkan pelbagai kemudahan

- Oleh Mastura Ismail

Sebagai wakil rakyat kita memberi komitmen, menyokong serta membantu warga pendidik dan pelajar demi kelangsung­an

” pembelajar­an di sekolah.

Paulus Palu Gumbang

ADUN Batu Danau

LIMBANG: Sekolah luar bandar, Sekolah Kebangsaan (SK) Penganan dekat sini terpilih untuk projek baik pulih sekolah daif di bawah Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) melalui pembinaan bangunan asrama pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata kerajaan negeri telah memperuntu­kkan sejumlah RM1.5 bilion termasuk bagi pelaksanaa­n projek baik pulih sekolah daif di bahagian utara negeri ini termasuk di kawasan Batu Danau.

Jelas beliau, usaha ini menunjukka­n komitmen kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memperkasa kemudahan pembelajar­an dan memastikan pendidikan di luar bandar dapat dipertingk­atkan.

“Sebagai wakil rakyat kita memberi komitmen, menyokong serta membantu warga pendidik dan pelajar demi kelangsung­an pembelajar­an di sekolah,” katanya pada lawatan ke sekolah itu semalam.

Mengiringi beliau ialah Guru Besar SK Penganan Paulus Ngelambai, Timbalan Pengerusi SADIA Cawangan Limbang mewakili Pusat Khidmat Ahli Parlimen Limbang Jangan Bakar, Pegawai Khas Paulus Jimmy Ngindang Bau dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Penganan Ronnie Lenggang.

Paulus berkata lagi kerajaan tidak pernah meminggirk­an sekolah-sekolah di luar bandar termasuk SK Penganan.

“Kita ada menyalurka­n geran kepada PIBG SK Penganan berjumlah RM5,000 pada 2020.

“Geran ini dimanfaatk­an oleh pihak PIBG sekolah untuk membeli tiga unit projector paparan hablur cecair (LCD) dan kemudahan ini adalah perlu bagi memastikan keberkesan­an sistem pembelajar­an dan pengajaran di sekolah,” katanya.

Jelasnya, RM5,000 lagi akan diluluskan untuk PIBG sekolah bagi tahun ini.

“Kita berharap melalui bantuan geran yang disalurkan ini dapat membantu pihak PIBG melaksanak­an aktiviti-aktiviti sekolah,” katanya.

Mengulas lanjut, Paulus berkata, semasa Pakatan Harapan mentadbir negara selama 22 bulan, wakil-wakil rakyat tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan sekolah.

Katanya, keadaan ini menyebabka­n wakil rakyat di peringkat ADUN tidak menyalurka­n peruntukan kepada PIBG sekolah.

Dalam pada itu katanya, penduduk perlu sentiasa berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta amalan norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi membendung penularan virus COVID-19, selain memastikan keselamata­n masing-masing.

Beliau turut menyeru masyarakat setempat tidak terpengaru­h dengan maklumat tidak benar berhubung isu vaksinasi yang akan dijalankan oleh Kementeria­n kesihatan Malaysia.

Masyarakat katanya, perlu bijak untuk menapis dan menilai setiap maklumat yang dikongsika­n di media sosial.

 ??  ??
 ??  ?? KEMUDAHAN SEKOLAH: Paulus (tiga kiri) menyerahka­n kemudahan LCD kepada Paulus Ngelambai (empat kiri) semalam.
KEMUDAHAN SEKOLAH: Paulus (tiga kiri) menyerahka­n kemudahan LCD kepada Paulus Ngelambai (empat kiri) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia