Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lagi kematian di Sarawak semalam

250 kes baharu turut direkodkan semalam, jumlah terbanyak di Sibu iaitu 104 kes

- Oleh Jeremy Lanson

“Bagaimanap­un, mangsa yang mempunyai ko-morbid kencing manis, darah tinggi, gout dan penyakit buah pinggang kronik disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.

Kenyataan Sekretaria­t JPBNS

KUCHING: Dua kematian baharu direkodkan semalam melibatkan jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 80 kematian daripada keseluruha­n kes positif yang dilaporkan di Sarawak.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kematian pertama semalam membabitka­n seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang mendapatka­n rawatan di Hospital Betong.

“Mangsa sebelum ini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan selanjutny­a kerana keadaan kesihatan kes yang kritikal dan ujian rapid test kit antigen COVID-19 adalah positif pada 24 Februari.

“Bagaimanap­un, mangsa yang mempunyai ko-morbid kencing manis, darah tinggi, gout dan penyakit buah pinggang kronik disahkan meninggal dunia pada hari yang sama,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Menurutnya juga, kes kematian kedua pula membabitka­n seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang dimasukkan ke Hospital Bintulu setelah disahkan positif COVID-19 pada 12 Februari.

“Keadaan kesihatan mangsa semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Februari. Mangsa mempunyai ko-morbid darah tinggi dan kencing manis,” katanya.

Sementara itu, turut dilaporkan jumlah kes baharu COVID-19 di seluruh Sarawak semalam iaitu sebanyak 250 kes, yang mana Sibu merekodkan jumlah terbanyak iaitu 104 kes.

“Manakala di Kuching merekodkan 43 kes baharu, Kapit (39); Maradong (13); Bintulu (10); Betong (9); Miri (8); Samarahan (4); Sebauh (3); Subis (3); Julau, Dalat, Beluru, Selangau serta Bau masing-masing 2 kes dan Asajaya, Serian, Saratok serta Song masing-masing satu kes,” katanya.

Di Kuching, sebanyak 36 kes daripada 43 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan semalam adalah melibatkan Kluster Emperuh Jambu.

JPBNS berkata dengan penambahan itu jumlah keseluruha­n kes bagi Kluster Emperuh Jambu meningkat kepada 140 kes.

Menurutnya, kesemua yang disahkan positif telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutny­a.

“Terdapat penambahan 38 kes hari ini (semalam) untuk kluster Emperuh Jambu menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 155 kes.

“Jumlah tersebut adalah hasil saringan 600 individu, di mana 251 disahkan negatif dan 194 lagi masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

Tambahnya, terdapat lima kes baharu di Kuching melibatkan kes saringan COVID19 yang hadir ke pusat kesihatan di bandar raya ini.

“Terdapat juga satu kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kepada kes positif COVID-19 dan satu kes saringan individu balik dari kawasan berisiko,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia