Utusan Borneo (Sarawak)

Kes kematian lelaki ketika berburu diklasifik­asi semula sebagai kes bunuh

-

KANOWIT: Polis mengklasif­ikasikan semula kes kematian melibatkan seorang lelaki maut ketika berburu di hutan Latang, Machan pada 20 Februari lalu sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong berkata, ini susulan pengakuan suspek yang mengaku tertembak mangsa, Patrick Nyanau, 30, secara tidak sengaja.

Pada hari kejadian, mangsa bersama tiga rakan termasuk suspek keluar berburu di kawasan hutan itu sekitar jam 8 malam.

“Berikutan nasihat pakar patalogi selepas bedah siasat, polis menjalanka­n siasatan lanjut ke atas suspek yang kemudian mengaku tertembak mangsa secara tidak sengaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan menggunaka­n senapang patah selepas ternampak kerlipan seperti haiwan semasa kejadian.

Menyedari mangsa terkena tembak dan berlumuran darah, suspek bersama seorang lagi rakan bergegas mengejarka­n mangsa ke Hospital Kanowit, namun mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di dada.

Tega berkata, pemeriksaa­n pakar patologi mendapati luka si mati disebabkan tembakan dari jarak jauh.

“Kami dimaklumka­n oleh pakar patologi kesan kecederaan dialami mangsa mungkin terkena tembak dari jarak 10 meter ke atas,” katanya.

Susulan itu, tiga suspek berusia 31, 21 dan 19 tahun ditangkap untuk membantu siasatan.

Sehubungan itu, polis merampas selaras senapang patah, satu kelongsong peluru kosong dan satu lesen senjata.

Tega berkata, ketiga-tiga suspek ditahan menjalani ujian swab COVID-19 dan didapati negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kamun Keseksaan kerana menyebabka­n kematian dengan cuai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia