Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil dadah berulang kali, wanita dipenjara lima tahun

-

KUCHING: Perbuatan seorang penganggur wanita mengambil dadah berulang kali membawa padah apabila dia dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Louis Looi, 34, mengaku bersalah sejurus pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 39C (1) akta sama, dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan sebat tidak melebihi tiga.

Dia didapati positif menggunaka­n dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine pada 16 September 2020, jam 12.45 tengah malam di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPK BSJN) Kuching.

Sebelum dijatuhkan hukum, pihak pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ruthra Raj memaklumka­n mahkamah bahawa tertuduh mempunyai dua sabitan lampau membabitka­n kes penyalahgu­naan dadah pada tahun 2019.

Dalam rayuan penguranga­n hukumannya, wanita berkenaan merayu agar tidak dikenakan hukuman berat atas alasan insaf akan perbuatan tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi­nya.

DPP Ruthra bagaimanap­un memohon tertuduh diberikan hukuman setimpal berbentuk pengajaran dan pencegahan agar kesalahan sama tidak berulang, selain mengambil kira kekerapan jenayah tersebut terjadi pada masa kini.

Hakim Marutin Pagan kemudian menetapkan tertuduh dipenjara lima tahun berkuat kuasa dari tarikh sabitan dan mengarahka­n tertuduh diletakkan di bawah penyeliaan polis selama tiga tahun.

Mahkamah juga mengarahka­n tertuduh untuk melaporkan diri kepada balai polis terdekat sekali setiap tiga bulan.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia