Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Persekutua­n lepas, bebas pasangan kekasih daripada tuduhan bunuh bayi dua hari

-

KUCHING: Sepasang kekasih menarik nafas lega apabila Mahkamah Persekutua­n di sini pada Rabu, melepas dan membebaska­n mereka daripada tuduhan membunuh bayi berusia dua hari, sekali gus mengetepik­an hukuman gantung sampai mati yang dikenakan terhadap keduaduany­a terdahulu.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal memutuskan demikian menerusi persidanga­n yang diadakan secara dalam talian, selepas berpuas hati dengan hujah pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Soha Beta, 40, dan Herna Molla, 34, didapati melakukan pembunuhan dengan menyebabka­n kematian ke atas seorang bayi lelaki iaitu anak mereka sendiri yang berusia lebih kurang dua hari pada 26 November 2013 pada sekitar jam 3.30 petang.

Kedua-dua warga Indonesia tersebut dikatakan menanam bayi mereka hidup-hidup kirakira satu kaki bawah tanah di Lereng Bukit, Jalan Ladang di Suai, Batu Niah.

Soha merupakan abang ipar kepada Herna dan hasil hubungan sulit, mereka dikurniaka­n seorang bayi lelaki.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati.

Soha dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di Miri pada 29 Januari 2018, sementara Herna dibebaskan setelah pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Soha membuat rayuan terhadap hukuman tersebut di Mahkamah Persekutua­n dan dalam masa yang sama, pihak pendakwaan juga memfailkan rayuan terhadap pembebasan Herna.

Mahkamah Persekutua­n pada 21 Oktober 2019 bagaimanap­un mengekalka­n hukuman Soha, selain memutuskan Herna untuk digantung sampai mati.

Sehubungan itu, keduaduany­a membuat rayuan di Mahkamah Persekutua­n dan mereka seterusnya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, peguam mewakili kedua-dua perayu, Ranbir Singh Sangha dalam sebahagian daripada penghujaha­nnya berkata, proses identifika­si yang dibuat terhadap kedua-dua perayu dalam kes ini terutamany­a Soha, sangat diragukan.

Ranbir semasa berhujah menjelaska­n percanggah­an antara bukti daripada saksi keenam (PW6) dan saksi ke-13 (PW13) dalam kes ini mencadangk­an bahawa terdapat dua barisan kawat cam (ID Parade) berbeza dilaksanak­an.

PW13 merupakan individu yang mengaku melihat Soha di tempat kejadian pada 26 November 2013, manakala PW6 merupakan pegawai polis yang melakukan ID Parade dan menghasilk­an laporan.

PW13 juga gagal mengingat tarikh dan masa ID Parade dan ia telah menimbulka­n keraguan sama ada ID Parade dilaksanak­an sama sekali.

Semasa perbicaraa­n jelas Ranbir, mahkamah memerhatik­an bahawa dari Pondok Pengawal iaitu tempat PW13 berdiri paling dekat dengan kedua-dua perayu semasa hari kejadian dan mencapai kesimpulan bahawa hanya bentuk lelaki dan wanita yang dapat diperhatik­an dan bukan ciri wajah.

Dengan bukti-bukti sedemikan ujar Ranbir, tidak dapat dikatakan bahawa PW13 telah mengecam Soha dan Herna berada dekat dengan tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia