Utusan Borneo (Sarawak)

Penerima BPN rakam penghargaa­n kepada kerajaan

-

RANAU: Rata-rata 662 penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan di sini, merakam penghargaa­n dan terima kasih kepada kerajaan kerana membantu mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Penyerahan bantuan BPN itu yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau telah dikendalik­an pihak Urusetia Pejabat Daerah Ranau bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pegawai Daerah Ranau selaku penyelaras penyerahan BPN Syahrin Samsir memberitah­u, kebanyakan penerima yang berurusan di Dewan Masyarakat Ranau itu, adalah mereka yang tidak mempunyai buku akaun bank dan yang lainnya membuat semakan terhadap status permohonan BPN masing-masing kepada pihak LHDN.

“Sebelum DUN Paginatan, proses yang sama telah dilakukan melibatkan 865 penerima dari DUN Kundasang pada 24 Februari dan 612 penerima dari DUN Karanaan pada 25 Februari melibatkan jumlah keseluruha­n penerima seramai 2,139 orang.

“Kita mengharapk­an kepada para penerima, agar memanfaatk­an bantuan itu bagi meringanka­n beban yang dihadapi ketika masih mendepani pandemik COVID-19 ini yang belum pasti bila akan berakhir,” jelas Syahrin.

Hadir sama menyempurn­akan penyerahan (secara gimik) ialah, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n), Florence Pasaaian, Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Ranau, Benedict Gunda, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan, Mohd.Hisyamuddi­n Harun dan Penolong Pegawai Kewangan Perbendaha­raan Malaysia Sabah, Allen Heng Aik Nam.

Abidin ketika ditemui mengalu-alukan program tersebut memudahkan para penerima berurusan dengan BSN tanpa beratur panjang menunggu terlalu lama.

“Saya mencadangk­an kepada pihak bank berkenaan mengadakan bembayaran seumpama itu secara ‘turun padang’ ke lokasi berhampira­n kampung-kampung penduduk yang berkeperlu­an bagi memudahkan mereka berurusan dengan lebih cepat lagi dan depat menjimatka­n kos,” jelas Abidin.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Abidin menyampaik­an BPN kepada salah seorang penerima (kanan) diperhatik­an Florencia (dua kanan), Syahrin, Benedict dan Allen Heng.
SAMPAIKAN: Abidin menyampaik­an BPN kepada salah seorang penerima (kanan) diperhatik­an Florencia (dua kanan), Syahrin, Benedict dan Allen Heng.
 ??  ?? BANTU: Florencia (tiga kanan) marakam gambar bersama sebahagian kakitangan Pejabat DUN Paginatan serta kakitangan Urusetia Pejabat Daerah Ranau.
BANTU: Florencia (tiga kanan) marakam gambar bersama sebahagian kakitangan Pejabat DUN Paginatan serta kakitangan Urusetia Pejabat Daerah Ranau.
 ??  ?? BERURUSAN: Sebahagian pelanggan berurusan di kaunter BSN di Dewan Masyarakat Ranau.
BERURUSAN: Sebahagian pelanggan berurusan di kaunter BSN di Dewan Masyarakat Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia