Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Cina digalak daftar untuk dapatkan vaksin COVID-19

Vaksinasi amat penting sebagai cara melindungi diri, keluarga

- Oleh Mastura Ismail

Program vaksinasi sangat penting dalam usaha melindungi diri kita serta menghentik­an atau mengawal penyebaran jangkitan sekali gus melindungi diri keluarga dan masyarakat kita.

LIMBANG: Masyarakat Cina di negeri ini digalak mendaftar untuk mendapatka­n vaksin COVID-19 secara percuma menerusi aplikasi MySejahter­a di telefon bimbit masingmasi­ng.

Pengerusi Persekutua­n Persatuan-Persatuan Foochow Sarawak Datuk Wong King Hoong berkata, mereka yang tidak mempunyai aplikasi itu boleh menghubung­i klinik kesihatan dan pejabat daerah berdekatan.

“Masyarakat Cina di negeri ini digalak mendaftar untuk program vaksinasi ini.

“Program vaksinasi sangat penting dalam usaha melindungi diri kita serta menghentik­an atau mengawal penyebaran jangkitan sekali gus melindungi diri keluarga dan masyarakat kita,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Foochow Limbang menambah penggunaan vaksin COVID-19 penting bagi mengawal penularan wabak

Datuk Wong King Hoong

itu.

Jelasnya, meskipun vaksin diperkenal­kan, rakyat perlu terus mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu dalam kehidupan bagi terus mengekang wabak itu daripada terus merebak dalam komuniti.

Menurutnya lagi, penularan COVID-19 meninggalk­an kesan mendalam bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

“Malaysia juga mengalami

Pengerusi Persekutua­n Persatuan-Persatuan Foochow Sarawak

kesannya dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi yang memberi kesan terhadap rakyat dan ada dalam kalangan mereka yang hilang pendapatan dan pekerjaan,” ujarnya.

Oleh itu katanya, mereka perlu bangkit dengan semangat baharu dan melihat hikmah di sebalik penularan COVID-19 untuk meningkatk­an ekonomi diri dan keluarga.

Jelasnya, melalui teknologi terkini rakyat boleh menjana pendapatan dan menjadi medium penghubung dalam kalangan ahli keluarga dan sanak saudara khusus yang tidak dapat pulang pada sambutan Tahun Baharu Cina yang lepas.

Beliau turut berharap tahun baharu lembu emas ini akan memberi keyakinan dan inspirasi kepada orang ramai untuk terus bertahan serta berjuang sepanjang beberapa bulan akan datang.

“Semoga kita dapat menjalani perjalanan tempoh pemulihan ini bersama-sama dengan orang tersayang tidak kira sejauh mana jarak sekali pun.

“Dengan semua itu, diharapkan menjadi lebih baik dan semoga tahun ini dipenuhi dengan kejayaan serta kesihatan yang baik untuk semua,” katanya.

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia