Utusan Borneo (Sarawak)

Saya dah diberi vaksin COVID-19!

Catatan wartawan sebagai penerima suntikan vaksin terawal di Sarawak

-

BANGUN awal hari ini (26 Februari) kira-kira jam 5 pagi. Hari yang bersejarah bagi saya kerana antara terawal dipilih menerima suntikan vaksin COVID19 Pfizer-BioNTech.

Saya menerima panggilan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan pada kira-kira jam 10:30 pagi, 25 Februari. Seorang kakitangan pejabat berkenaan memaklumka­n, saya dikehendak­i datang ke pejabat mereka sekiranya bersetuju menerima suntikan vaksin pada 26 Februari, jam 10 pagi.

Sebelum itu, pada jam 10 pagi saya diberitahu oleh Presiden Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Jacqueline Atiqah David, nama saya tersenarai antara 13 wartawan untuk disuntik vaksin bersama para petugas barisan hadapan.

Saya terkejut dan gembira kerana dipilih untuk menerima suntikan vaksin antara yang terawal di Sarawak, apatah lagi kerjaya sebagai wartawan memerlukan banyak berjumpa dengan orang ramai. Ini menjadikan kerjaya kami antara yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.

Terima kasih kerajaan kerana mengiktira­f peranan wartawan sebagai antara barisan hadapan dalam menentang COVID-19.

Selepas bersarapan, saya memandu ke Kota Samarahan kira-kira jam 9 pagi – satu kereta bersama Zulazhar Sebli, wartawan foto The Star dan dua rakan jurufoto bebas, Herry Naha dan Awang Badarudin.

Pada malam sebelumnya, tidur saya kurang nyenyak kerana memikirkan betul atau sebaliknya tindakan saya bersetuju untuk menerima suntikan vaksin.

Malas nak berfikir panjang, saya suntik semangat ke dalam diri saya agar untuk meneruskan ‘perjuangan’. Perjuangan kecil untuk mengembali­kan kehidupan masyarakat kepada yang normal.

Tidak lagi perlu risau dengan jangkitan COVID19, itu matlamat semua anggota masyarakat – rasanya.

Kami tiba di Klinik

Kesihatan Kota Samarahan pada jam 9.30 pagi. Sebentar selepas itu, kenderaan pembawa vaksin COVID-19 tiba di pejabat. Vaksin dipunggah masuk ke dalam klinik.

Saya dengan Zulazhar diminta kakitangan kesihatan mengisi Borang Persetujua­n Suntikan Vaksin COVID-19. Borang itu disertakan dengan sejarah kesihatan dan ditandatan­gani si penerima suntikan vaksin.

Selesai mengisi borang, saya diminta mendaftar di kaunter untuk mengisi maklumat-maklumat peribadi dalam sistem komputer. Saya juga diminta melengkapk­an ruangan ‘COVID-19 Vaccinatio­n’ dalam MySejahter­a pada telefon bimbit.

Ada tiga bilik disediakan untuk suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Kota Samarahan. Ketika menunggu, seorang penolong pegawai perubatan memberitah­u, tunggu vaksin dibuka dari peti untuk tempoh setengah jam, barulah dapat disuntik. Menurutnya, dalam tempoh itu vaksin akan cair.

Sesudah lengkap proses kedua, saya diminta menunggu giliran untuk disuntik vaksin. Kira-kira dalam setengah jam menunggu, kini giliran saya tiba – selepas Zulazhar selesai disuntik.

Saya masuk ke bilik yang disediakan. Dua jururawat dan seorang penolong pegawai perubatan bertugas, begitu mesra dan cekap dalam mengendali­kan suntikan. Seorang jururawat sekali lagi bertanya, adakah saya bersetuju untuk disuntik vaksin COVID-19? Ya, saya setuju.

Suntikan diberi menggunaka­n jarum berwarna jingga.

Tidak sampai lima minit saya sudah selesai disuntik vaksin. Rupa-rupanya saya antara yang terawal diberi suntikan.

Tidak ada rasa sakit ketika dicucuk jarum. Mungkin saya memang jenis orang yang tak takut jarum suntikan, sebab itu saya tidak berasa gementar.

Zulazhar turut memberitah­u saya, dia tidak berasa apaapa ketika jarum dicucuk ke lengannya. Saya dan Zulazhar disuntik pada lengan kiri, sebab kami menggunaka­n tangan kanan untuk bekerja. Jika yang kidal, mereka akan disuntik pada lengan kanan.

Sesudah disuntik, saya diminta mengimbas kod khas menerusi MySejahter­a sebagai rekod dan bukti saya sudah menerima dos pertama pada jam 10.39 pagi, 26 Februari 2021!

Selepas mengimbas kod, akan tertera pada MySejahter­a maklumat seperti tarikh dos pertama, nombor vaksin dan nombor kumpulan. Di situ juga tertera ruangan untuk melaporkan gejala selepas menerima vaksin. Selepas itu, temu janji untuk dos kedua, dan akhir sekali sijil digital perakuan penerimaan dos lengkap vaksin COVID-19.

Seterusnya saya diminta untuk ke ruangan menunggu bersama penerima vaksin yang lain. Saya disoal jika ada apa-apa kesan sejurus vaksin masuk dalam badan.

Semua normal setakat ini bagi saya.

Penerima vaksin lain juga kelihatan normal, Zulazhar juga normal. Tiada apa-apa kesan. Semua yang berada dalam ruangan menunggu kelihatan gembira.

Petugas di ruangan menunggu dengan begitu sopan dan ramah meminta saya untuk menunggu kira-kira 15 minit sebelum dibenarkan balik. Selepas selesai tempoh itu, petugas kesihatan berkenaan memanggil saya semula ke mejanya, bertanya sekali lagi jika ada rasa sakit atau kesan-kesan lain. Saya menjawab semuanya okay dan normal.

Petugas kesihatan itu juga berpesan, jika mengalami gejala yang teruk seperti sukar bernafas, bengkak muka dan tekak, denyutan jantung yang cepat, ruam teruk di seluruh badan dan rasa lemah dan pening, segeralah ke klinik.

Tetapi jika gejala ringan seperti sakit dan merah pada tempat suntikan, demam, menggigil, sakit kepala, otot atau sendi, berasa letih dan bengkak kelenjar - beliau pesan makan paracetamo­l, berehat dan ia akan sembuh dalam beberapa hari.

Akhir sekali saya diberikan Kad Vaksinasi COVID-19, ia perlu dibawa bersama ketika menerima suntikan dos kedua dalam tempoh 21 hari selepas 26 Februari. Barulah proses vaksinasi ini lengkap.

Tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai vaksin COVID-19. Setakat ini, semua normal bagi saya, begitu juga Zulazhar.

Daftarlah sebagai penerima vaksin, sama ada menerusi MySejahter­a atau saluransal­uran lain seperti pejabat daerah dan klinik kesihatan kerajaan.

Doakan agar kehidupan kita kembali normal selepas ini. Bebas tanpa ketakutan untuk bersosial dengan masyarakat.

 ??  ?? PROSES: Mengesahka­n maklumat peribadi dan ditemu ramah petugas kesihatan Klinik Kesihatan Kota Samarahan.
PROSES: Mengesahka­n maklumat peribadi dan ditemu ramah petugas kesihatan Klinik Kesihatan Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia