Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita mengandung, ibu menyusukan anak dikecualik­an daripada program pemvaksina­n

-

KUCHING: Wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak di Sarawak akan dikecualik­an daripada program pemvaksina­n COVID19, selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ujar Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing.

Garis Panduan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menunjukka­n vaksin selamat untuk majoriti populasi tetapi beberapa kumpulan akan dikecualik­an daripada mengambiln­ya buat masa ini, kata beliau kepada The Borneo Post.

Tambah beliau, pengecuali­an juga akan dibuat bagi individu mempunyai sejarah alergi teruk, individu didapati positif virus COVID-19 dan individu yang mengalami komplikasi sistem imun.

Selain itu, beliau menegaskan WHO tidak mengesyork­an pemvaksina­n bagi wanita mengandung pada masa ini kerana pihaknya masih belum mempunyai data mencukupi mengenai perkara tersebut.

“Menurut WHO, wanita mengandung berisiko tinggi mendapat COVID-19 berbanding wanita yang tidak mengandung dan COVID19 telah dikaitkan dengan peningkata­n risiko kelahiran prakehamil­an.

“Selain itu, kami mempunyai data terhad berhubung vaksin tersebut, sama ada ia selamat untuk fetus,” ujar beliau.

Dr Chin juga menegaskan vaksin tidak akan diberikan kepada mereka yang kini mendapatka­n rawatan untuk COVID-19.

Vaksin berkenaan katanya, selamat dan berkesan untuk individu berhadapan pelbagai keadaan berkaitan dengan peningkata­n risiko penyakit teruk, termasuk mereka yang mempunyai darah tinggi, diabetes, asma, penyakit paruparu, hati atau buah pinggang dan jangkitan kronik yang stabil serta terkawal.

Kementeria­n Kesihatan turut akan memaklumka­n pihak berkuasa kesihatan negeri dari semasa ke semasa mengenai perkara tersebut, katanya.

Rancangan pelancaran fasa pertama negeri untuk imunisasi bermula Sabtu, 27 Februari akan menyasarka­n 97,000 petugas barisan hadapan, kebanyakan­nya terdiri daripada anggota perubatan, polis dan tentera.

Pelancaran akan diadakan di Stadium Tertutup Perpaduan, Petra Jaya di sini pada jam 10 pagi hari ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Hui Kian dan Dr Chin telah mengambil vaksin pada jam 3 petang semalam di Klinik Kesihatan Petra Jaya.

Sejumlah sekitar 2.2 juta rakyat Sarawak akan mengambil vaksin dan rancangan itu akan selesai pada Ogos 2021, menjelang rancangan nasional pada Februari 2022.

 ??  ?? IKHLAS: Edwin (tiga kanan) menyerahka­n bantuan pelitup muka kepada Lulong sambil disaksikan oleh yang lain di SMK Pakan.
IKHLAS: Edwin (tiga kanan) menyerahka­n bantuan pelitup muka kepada Lulong sambil disaksikan oleh yang lain di SMK Pakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia