Utusan Borneo (Sarawak)

PKPD: Dua SJR dilaksana di Skim Penempatan Semula Sentosa, Fasa 2

-

SIBU: Dua sekatan jalan raya (SJR) dilaksanak­an di Skim Penempatan Semula Sentosa, Fasa 2, Daerah Sibu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) bermula tengah malam tadi.

SJR terbabit diadakan di simpang Jalan Sentosa, Salim berdekatan dengan padang bola dan di simpang lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, dua lagi lokasi iaitu simpang Jalan Bukit

Lima, Sentosa dan simpang Lorong 7 Jalan Sentosa akan ditutup terus dan dikawal oleh anggota tentera.

“Pemasangan peralatan khemah akan bermula pada 5 petang ini bagi memberi laluan kepada penduduk di kawasan itu pulang dari kerja dan membeli barang keperluan,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Sehubungan itu katanya, penduduk tidak dibenarkan keluar masuk dari kawasan terbabit sepanjang tempoh pelaksanaa­n PKPD, meskipun kakitangan kerajaan.

Jelasnya, ini bagi memudahkan pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menjalanka­n ujian saringan COVID-19.

“Bagi pelajar sekolah yang menduduki pemeriksaa­n, sila berhubung dengan pihak sekolah dan minta pihak sekolah berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan susulan.

“Hal-hal yang berkaitan perubatan pula, pihak kesihatan ada menyediaka­n klinik bergerak 24 jam di lokasi belakang Sekolah Kebangsaan Sentosa, manakala hal-hal berkaitan kebajikan seperti kematian, boleh berhubung dengan anggota SJR dan anggota SJR akan mengambil tindakan susulan,” jelasnya.

Beliau juga memberitah­u, penduduk yang tinggal di Lorong 7 Sentosa yang mendiami kira-kira enam buah rumah yang tidak terlibat dalam sekatan pergerakan akan diberikan borang pergerakan khas untuk keluar masuk.

“Ketua Polis Balai (OCS)

Lanang bersama Kaunselor Nazatusyim­a Bujang akan bertemu mereka untuk urusan permohonan borang tersebut,” katanya.

Sementara itu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu menerusi kenyataan media semalam mengumumka­n PKPD di Skim Penempatan Semula Sentosa, Fasa 2 mulai 27 Februari, jam 12.01 tengah malam sehingga 12 Mac.

PKPD merangkumi kawasan yang berada di dalam sempadan Jalan Sentosa, Jalan Sentosa Timur dan Lorong Sentosa Utara 7.

Zon Sentosa merupakan salah satu kawasan panas COVID-19, di mana sebanyak dua kes positif dicatatkan kelmarin, menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 114 kes.

 ??  ?? DI SINI: Kawasan Skim Penempatan Semula Sentosa, Fasa 2 yang dikenakan PKPD bermula tengah malam tadi sehingga 12 Mac.
DI SINI: Kawasan Skim Penempatan Semula Sentosa, Fasa 2 yang dikenakan PKPD bermula tengah malam tadi sehingga 12 Mac.
 ??  ?? KEMPEN MURNI: Rakan kongsi kempen berkenaan.
KEMPEN MURNI: Rakan kongsi kempen berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia