Utusan Borneo (Sarawak)

Ingkar SOP, jumlah kompaun RM1,000 tidak wajar dinaikkan

-

SIBU: Kompaun RM1,000 kepada pesalah yang ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dianggap sudah memadai.

Timbalan Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Cawangan Sibu (DUBS) Jimbau Galau berkata, jumlah kompaun itu tidak wajar dinaikkan.

Katanya, rata-rata rakyat ketika ini sedang tertekan dari segi mental, fizikal dan ekonomi ekoran penularan pandemik itu.

“Saya berpendapa­t tidak wajar nilai kompaun itu dinaikkan kerana bagi saya apa yang lebih penting ialah pelaksanaa­n penguatkua­saan harus dilakukan secara menyeluruh.

“Selain itu segala tindakan yang dibuat perlu mengambil kira punca yang menyebabka­n berlakunya ketidakpat­uhan terhadap SOP,” katanya semasa dihubungi semalam.

Menurut Jimbau, kerajaan juga perlu meneliti secara mendalam punca ketidakpat­uhan terhadap SOP yang telah ditetapkan, selain berusaha meningkatk­an kefahaman rakyat terhadap SOP.

Jimbau berkata, tindakan menaikkan kompaun bukan penyelesai­an, sebaliknya hanya meningkatk­an ketidakpat­uhan orang ramai yang sekian lama ‘terkurung’ ekoran daripada SOP yang ditetapkan.

“Persoalann­ya apakah langkah menaikkan nilai kompaun tersebut benarbenar berkesan memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 atau sebaliknya?” soal beliau.

Katanya, walaupun tindakan menaikkan nilai kompaun bertujuan meningkatk­an kepatuhan orang ramai terhadap SOP, namun ia juga menimbulka­n lebih banyak kesan buruk berbanding baik.

“Ketika ini pandemik COVID-19 sudah berada dalam komuniti dengan sebilangan­nya tidak diketahui punca jangkitan.

“Jadi yang penting sekarang, selain penguatkua­saan, pihak berwajib seharusnya lebih memberi penekanan pendidikan kepada masyarakat serta pemahaman jelas berkaitan penetapan SOP,” katanya.

Jabatan Peguam Negara pada Khamis muat naik Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutua­n.

Ia memaklumka­n individu yang melanggar SOP bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 bermula 11 Mac.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi penjarakan fizikal, gagal menyediaka­n peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.

 ??  ?? JIMBAU
JIMBAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia