Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rumah panjang di Engkilili dikenakan sekatan pergerakan terima bantuan makanan

-

SRI AMAN: Seorang penduduk dari Skim Skrang, Desmond Sateng Sanjan menghulurk­an bantuan makanan kepada penghuni dua rumah panjang yang dikenakan sekatan pergerakan di Engkilili, baru-baru ini,

Rumah panjang tersebut ialah Rumah Jefferson Rimong Roy Edward Entalai, Selindong Ulu sepanjang 24 pintu dan Rumah Roland Sabang Chamagat, Selindong Ili (28 pintu).

Kedua-dua rumah panjang itu dikenakan sekatan pergerakan dari 18 Februari lalu hingga 4 Mac ini.

Menurut kenyataann­ya, Desmond berkata kuantiti bukan menjadi ukuran untuk memenuhi keperluan makanan penduduk terjejas.

Sebaliknya katanya, keutamaan adalah empati dengan kesukaran penduduk terjejas dan menghargai kerjasama mereka untuk mengekang penularan COVID-19 dengan mematuhi arahan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pandemik telah menular dan menembusi komuniti terutama rumah panjang kaum Iban. Pada tahap ini disiplin diri dan kesungguha­n semua penghuni sangat dituntut untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Justeru, penduduk perlu mengutamak­an kebersihan diri dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Sekarang vaksin COVID-19 sudah sampai di Sarawak dan saya menasihati semua rakyat yang layak agar mendaftark­an diri melalui aplikasi MySejahter­a atau pendaftara­n secara manual melalui tuai rumah atau ketua kampung.

“Vaksin ini diberi secara percuma dan berhati-hati dengan sindiket penipuan yang ingin mengambil kesempatan,” tegasnya.

Turut hadir pada majlis penyerahan bantuan itu ialah Ketua Masyarakat Kaum Cina di kawasan Engkilili Penghulu Bong Nyuk Fah dan Ahli Majlis Daerah Lubok Antu/Engkilili (MDLA) Kaunselor Randi Tata’a.

 ??  ?? PRIHATIN: Wakil Desmond, Tuai Jefferson Rimong (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada penduduk Selindong Ulu.
PRIHATIN: Wakil Desmond, Tuai Jefferson Rimong (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada penduduk Selindong Ulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia