Utusan Borneo (Sarawak)

Upacara perkahwina­n bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP

Bagi membolehka­n upacara perkahwina­n bukan Islam yang tertangguh semasa PKP 2.0: JPN

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Upacara perkahwina­n bukan Islam kini dibenarkan di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa semalam.

JPN dalam kenyataan semalam memaklumka­n keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehka­n upacara perkahwina­n bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanak­an.

“Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 9 yang dipengerus­ikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bagaimanap­un, upacara perkahwina­n di kawasan PKP Diperketat­kan (PKPD) adalah masih tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

JPN memaklumka­n pihaknya telah mengemas kini dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) upacara perkahwina­n bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam.

Antara SOP yang ditambah baik ialah berkaitan kapasiti kehadiran semasa upacara pendaftara­n perkahwina­n iaitu maksimum 10 orang termasuk pendaftar bagi pendaftara­n perkahwina­n sivil untuk upacara di JPN dalam kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Bagi kapasiti kehadiran untuk upacara perkahwina­n di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam oleh Penolong Pendaftara­n Perkahwina­n (PPP), maksimum 10 orang bagi kawasan PKP, maksimum 20 orang bagi PKPB dan maksimum 30 orang bagi PKPP.

“Bagaimanap­un, SOP ini adalah tertakluk kepada keluasan ruang upacara perkahwina­n di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam,” menurut kenyataan itu.

JPN turut memaklumka­n tiada majlis sosial dibenarkan semasa upacara pendaftara­n berlangsun­g manakala majlis sosial di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam adalah tertakluk kepada arahan Majlis Keselamata­n Negara.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaa­n SOP kebenaran upacara perkahwina­n bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam boleh dilayari menerusi laman sesawang MKN (www.mkn.gov.my) atau JPN (www.jpn.gov. my).

Bagaimanap­un, upacara perkahwina­n di kawasan PKP Diperketat­kan (PKPD) adalah masih tidak dibenarkan.

Kenyataan Jabatan Pendaftara­n Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia