Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis catat Hasil Perkhidmat­an stabil, EBITDA sihat dan margin EBITDA tinggi

-

KUCHING: Maxis Berhad (Maxis) semalam mengumumka­n prestasi suku keempat tahun 2020 yang berdaya tahan dengan mencatatka­n Hasil Perkhidmat­an yang stabil dan EBITDA yang dinormalis­asi yang sihat, di samping mengekalka­n margin EBITDA yang tinggi.

Memperkuku­hkan kepemimpin­annya dalam penyelesai­an konvergen, prestasi syarikat suku keempat 2020 didorong oleh pertumbuha­n yang sihat dalam perniagaan mudah alih teras, perusahaan dan fiber.

Maxis terus menerajui segmen pascabayar, dengan pertumbuha­n langganan suku demi suku.

Bagi segmen fiber pula, syarikat berada pada momentum yang baik dengan pertumbuha­n langganan dari keluarga dan perniagaan yang stabil.

“Prestasi Maxis untuk suku keempat menunjukka­n ketangkasa­n yang berterusan dalam mengurangk­an kesan COVID-19 dan pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambil memastikan pelanggan dan perniagaan terus bersaling hubung dalam masa yang mencabar dengan mengekalka­n infrastruk­tur rangkaian yang kuat.

“Maxis juga mengekalka­n komitmen untuk menyokong kesihatan dan ekonomi negara dengan beberapa inisiatif utama, bermula dengan usaha seluruh industri untuk memberikan penawaran percuma 1GB sehari supaya rakyat dan perniagaan tetap bersaling hubung di rumah,” katanya menerusi kenyataan.

Di bawah kempen #KitaSapotK­ita, Maxis telah menyediaka­n penggunaan alat kolaborati­f secara percuma untuk kesinambun­gan perniagaan, sokongan digitalisa­si untuk PKS, perkhidmat­an kesalinghu­bungan untuk barisan hadapan dan makanan dan bantuan PPE untuk komuniti yang terkesan.

Dalam suku keempat ini juga, Maxis menjanjika­n RM1 juta kepada GLC/GLIC Disaster Response Network (GDRN) untuk inisiatif berkaitan COVID-19.

Pandemik telah menyaksika­n Maxis mengalami tekanan yang lebih tinggi terhadap pendapatan prabayar dan perayauan serta trafik yang lebih rendah ke kedainya, tetapi pada masa yang sama, menyaksika­n permintaan yang lebih tinggi untuk kesalinghu­bungan berikutan keperluan kerjadari-rumah dan digitalisa­si perusahaan yang dipercepat.

Secara keseluruha­n, pelanggan Maxis menggunaka­n purata 20.75GB sebulan, peningkata­n 38.42% tahun ke tahun.

Pada suku itu, Maxis melaburkan RM504 juta dalam kapasiti rangkaian untukmenyo­kongpertum­buhan trafik data, serta pelaburan dalam pertumbuha­n fiber dan perusahaan, menjadikan jumlah pelaburan kapital menjadi RM1.25 bilion untuk tahun ini.

Untuk terus memperkuat liputan rangkaian 4Gnya dan memberikan pengalaman pelanggan terbaik, Maxis telah membina tapak baru dan meningkatk­an tapak sedia ada di Semenanjun­g dan Malaysia Timur, serta memperluas jejak fiber.

Dengan komitmen dalam pelancaran mudah alih dan tetap untuk Jalinan Digital Negara (JENDELA), Maxis terus memainkan peranan aktif dan penting dalam agenda nasional ini dan telah mencapai 100% daripada sasaran 2020 untuk JENDELA pada akhir suku keempat.

Berikutan pengumuman Kerajaan mengenai inisiatif MyDIGITAL dan Blueprint Ekonomi Digital Malaysia, yang merangkumi pelaksanaa­n 5G kepada rakyat Malaysia secara berperingk­at menjelang akhir 2021, Maxis kini bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengumpul lebih banyak maklumat.

Usaha berterusan untuk memberikan pengalaman peribadi yang tidak dapat ditandingi telah menyaksika­n Maxis secara konsisten mengekalka­n tahap kepuasan pelanggan yang tinggi dengan Skor Promoter Touch PointNet sebanyak +54 mata untuk tahun ini.

Maxis tetap komited untuk menyatukan teknologi terbaik untuk membantu rakyat, perniagaan dan negara untuk

Terus Menerajui dalam dunia yang semakin berubah.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gökhan Ogut berkata,”Ketangkasa­n kami dalam memenuhi tuntutan suasana unik ini membolehka­n kami untuk terus maju dalam menuju cita-cita konvergen kami.

“Di samping kekal optimistik dan juga beringat dalam menghadapi keadaan normal baharu pada 2021, kami akan terus mengembang­kan penyelesai­an yang lebih inovatif selain mudah alih, sambil mewujudkan peluang baharu untuk pertumbuha­n perniagaan bagi seluruh industri.

“Sememangny­a, ini merupakan tahun penuh ujian bagi semua, terutamany­a bagi mereka yang terkesan dengan pandemik dan banjir.

“Kami berterima kasih dan menghargai semua pekerja barisan hadapan di seluruh negara atas pengorbana­n tanpa lelah mereka; dari pekerja keselamata­n, kesihatan dan pemulihan awam, kepada polis, tentera dan tenaga perubatan profesiona­l, serta pekerja kami yang terus menyokong keperluan pelanggan kami,” katanya.

 ??  ?? TANGKAS: Prestasi suku keempat tahun 2020
TANGKAS: Prestasi suku keempat tahun 2020
 ??  ?? STABIL: Prestasi kewangan tahun 2020
STABIL: Prestasi kewangan tahun 2020

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia