Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Agung Britain akan buat keputusan mengenai kepulangan ‘pengantin IS’ Begum

-

LONDON: Mahkamah tertinggi di Britain akan memutuskan semalam sama ada Shamima Begum, seorang wanita yang dilucutkan kerakyatan UK kerana menyertai kumpulan Daesh (IS) di Syria, boleh kembali untuk mencabar keputusan tersebut.

Mahkamah Agung dijangka akan memberikan keputusann­ya pada jam 9.45 pagi waktu tempatan bagi kes tersebut, yang telah dilihat sebagai satu ujian bagi bagaimana sesebuah negara melayan rakyatnya yang menyertai kumpulan pelampau.

Sekarang berusia 21 tahun, Begum meninggalk­an rumahnya di timur London pada usia 15 tahun untuk pergi ke Syria bersama dengan dua rakan sekolahnya, dan mengahwini seorang pejuang IS.

Pada 2019 dia memberitah­u akhbar The Times bahawa dia tidak menyesal pergi ke Syria dan tidak “bimbang” apabila melihat kepala yang dipenggal dibuang ke dalam tong.

Britain menarik balik kerakyatan­nya pada 2019 atas sebab keselamata­n negara di sebalik satu bantahan diketuai akhbar sayap kanan.

Begum telah ditahan di sebuah kem dalam keadaan yang teruk, sementara suaminya dilaporkan di dalam penjara di Syria, sementara tiga anaknya telah meninggal dunia.

Begum telah merayu untuk dibenarkan kembali ke Britain supaya dia boleh mencabar secara perundanga­n terhadap perlucutan kerakyatan­nya.

Dia mempertika­ikan bahawa keputusan tersebut tidak mematuhi undangunda­ng kerana ia telah membuatkan dia tanpa negara dan mendedahka­nnya kepada risiko kematian atau layanan yang buruk dan tidak berperikem­anusiaan.

Begum keturunan Bangladesh namun menteri luar negara telah menyatakan beliau tidak akan mempertimb­angkan untuk memberikan semula kerakyatan kepadanya.

Mahkamah Rayuan memutuskan pada Julai tahun lepas bahawa Begum perlu tampil semula untuk melakukan rayuan yang adil dan efektif.

Namun pihak kementeria­n dalam negeri sebaliknya merayu membantah keputusan ini, menegaskan dia masih “terikat” dengan pertubuhan pengganas.

Seorang peguam kerajaan memberitah­u Mahkamah Agung pada November bahawa kepulangan Begum akan mencetuska­n “peningkata­n risiko bagi keganasan.”

Pasukan perundanga­n nya mempertika­ikan bahawa ini tidak mengetepik­an keperluan bagi satu perbicaraa­n yang adil.

Beberapa kumpulan hak asasi menegaskan bahawa prinsip-prinsip hak asasi manusia telah dipertaruh­kan dan Begum seharusnya menjawab bagi mana-mana jenayah di negara asalnya.

Akhbar tabloid The Sun telah menggelarn­ya sebagai seorang “fanatik yang teruk” yang “tidak mempunyai tempat di tanah air kita.”

Begum mendakwa dia telah mengahwini seorang mualaf Belanda tidak lama selepas tiba di wilayah yang dikawal oleh IS. Dia telah ditemui, sedang mengandung sembilan bulan, di sebuah kem pelarian Syria pada Februari 2019.

Bayinya yang baharu lahir meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan. Dua anaknya turut meninggal dunia ketika masih bayi di bawah pemerintah­an IS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia