Utusan Borneo (Sarawak)

Pasak, NCIA bantu pekerja Silverston­e dapat pekerjaan baharu

-

IPOH: Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) akan membantu kira-kira 700 pekerja Silverston­e Malaysia Bhd (SSM) yang kehilangan pekerjaan susulan penamatan operasi kilang pengeluara­n tayar itu pada Jun ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Industri, Pelaburan dan

Pembanguna­n Koridor negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, kesemua pekerja anak syarikat milik penuh Toyo Tire Corporatio­n (TTC) itu menyertai Karnival Kerjaya yang diadakan di kilang terbabit selama dua minggu berturut-turut sejak Ahad lepas bagi mendapat pekerjaan.

“Daripada 900 pekerja yang terkesan, 200 daripada mereka telah diambil bekerja dan pada Ahad ini kita akan bantu baki 700 pekerja yang masih mencari pekerjaan memandangk­an beberapa syarikat sedang mencari pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja ke sebuah kilang pembuatan alat peranti elektronik, Salutica Allied Solution Sdn Bhd di Kawasan

Perindustr­ian Zarib, Lahat di sini, semalam.

Pada 17 Februari lepas, SSM dalam satu kenyataan memaklumka­n kira-kira 1,000 pekerja kilang tayar berkenaan di Kamunting, Taiping bakal kehilangan kerja apabila operasi kilang itu akan dihentikan, Jun ini.

Menurut kenyataan itu, langkah penutupan operasi kilang berkenaan diambil selepas mengambil kira persekitar­an operasi, kedudukan kilang dalam strategi globalnya serta keupayaan pengeluara­n.

Dalam perkembang­an lain, Shahrul Zaman berkata penggunaan sistem pengurusan pengesanan kontak rapat tambahan selain MySejahter­a mampu membantu industri mengurangk­an risiko jangkitan dalam kalangan pekerja terutamany­a pekerja kilang.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyambut baik inisiatif yang dilakukan sebuah syarikat tempatan iaitu Salutica Allied Solution Sdn Bhd yang berjaya menghasilk­an alat pengesanan kontak rapat khas untuk memantau pergerakan individu jika berlaku jangkitan COVID-19.

Menurutnya, usaha tersebut dilihat sebagai satu daripada penyelesai­an untuk pemain industri bagi melakukan pengesanan kontak rapat jika berlaku kes positif COVID19 dalam kalangan pekerja mereka.

“Inisiatif ini dilihat mampu membantu pihak industri dalam melakukan pengesanan kontak rapat dalam kalangan pekerja mereka selain fungsinya tidak bertindih dengan aplikasi MySejahter­a,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia