Utusan Borneo (Sarawak)

Kemerosota­n pencapaian West Brom tidak jejaskan prestasi Allardyce

-

LONDON: Pengurus West Bromwich Albion, Sam Allardyce, menegaskan reputasi beliau tidak akan tercemar jika pasukannya tersingkir dari Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

West Brom ketika ini berada di tangga kedua dari bawah liga, 11 mata dari zon selamat dan hampir pasti tersingkir dari Liga Perdana dengan baki 13 perlawanan sahaja lagi musim ini.

Allardyce, 66, mengekalka­n kelab seperti Sunderland, Bolton dan West Ham dari penyingkir­an sebelum ini.

Tetapi bekas jurulatih kebangsaan England itu tidak mempunyai impak yang sama seperti sebelum ini sejak mengambil alih tugas di The Hawthorns pada bulan Disember.

West Brom hanya mengutip tiga mata dari 12 perlawanan liga sejak di bawah kendalian Allardyce dan mereka ketika ini dalam satu tempoh buruk tujuh perlawanan tanpa menang.

Walaupun West Brom terus bergelut di bawah kendaliann­ya, Allardyce enggan menerima bahawa beliau akan dipersalah­kan kerana penyingkir­an kelab dari Liga Perdana.”

“Dari pandangan peribadi, saya sememangny­a kecewa, dan untuk kelab tidak terselamat pada musim pertama di peringkat ini, untuk ketika penyokong dibenarkan kembali semula,” kata Allardyce ketika memberitah­u wartawan pada Khamis.

“Secara peribadi ia akan menjejaska­n saya tetapi ia mungkin tidak memberi kesan kepada kredibilit­i saya terlalu banyak dari segi apa yang mereka tahu tentang apa yang boleh saya lakukan.

“Jika anda seorang pengurus yang baik, tugas lain akan tiba. Ia bukan saya tidak mahu mencapai kejayaan di West Brom, tetapi ia mungkin apa yang akan berlaku.

“Saya tidak akan berasa gembira, kelab juga tidak gembira kerana saya tidak melakukan apa yang mereka mahukan dan pemain juga tidak gembira kerana mereka akan terkesan dengan penguranga­n gaji mereka.”

West Brom menghabisk­an dua musim dalam Liga Kejuaraan selepas disingkirk­an dari Liga Perdana pad a2018.

Slaven Bilic kemudian membimbing kelab naik ke Liga Perdana musim lepas tetapi pengurus dari Croatia itu dipecat dua bulan yang lalu ketika West Brom beralih kepada Allardyce.

West Brom memulakan satu tempoh tiga perlawanan di tempat sendiri menentang pasukan yang turut bersaing mengelak penyingkir­an – Brighton hari ini, sebelum menentang Everton dan Newcastle minggu hadapan.

“Masih ada masa tetapi kami perlu bermain di tahap tertinggi yang belum lagi kami capai musim ini,” kata Allardyce. “Kami perlu mula mencapai kemuncak prestasi kami dan itulah realitinya.”

 ??  ?? ALLARDYCE
ALLARDYCE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia