Utusan Borneo (Sarawak)

SIARAN LANGSUNG FB UBAH PERSEPSI TERHADAP IMUNISASI

Sejak kebelakang­an ini, penonton mula mengemukak­an lebih banyak pertanyaan positif mengenai vaksin: Dr Annuar

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Saya nampak ada perubahan persepsi di mana saya melihat mereka mula bertanya yang lebih positif seperti adakah mereka (penonton) layak mendapat vaksin atau patutkah mereka menerima vaksin tersebut.

SIBU: Siaran langsung Facebook Dr Annuar Rapa’ee yang bersiaran setiap hari sejak 15 Februari lalu, sedikit sebanyak berjaya membantu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap program imunisasi COVID-19.

Menteri Muda Kesihatan Awam itu memberitah­u ramai penonton pada awalnya mengemukak­an soalan yang mempunyai persepsi negatif terhadap program berkenaan, selain takut untuk menerima vaksin.

Namun, beliau mendakwa sejak beberapa hari kebelakang­an ini, soalan yang dikemukaka­n oleh penonton telah berubah.

“Saya nampak ada perubahan persepsi di mana saya melihat mereka mula bertanya yang lebih positif seperti

Menteri Muda Kesihatan Awam

adakah mereka (penonton) layak mendapat vaksin atau patutkah mereka menerima vaksin tersebut.

“Dulu mereka takut dan banyak yang bertanya mengenai kesan sampingan, ada bermacam-macam soalan persepsi negatif disebabkan propaganda yang mereka terima sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama di Klinik Kesihatan Lanang, semalam.

Dr Annuar yang juga Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) berkata demikian apabila ditanya mengenai penerimaan orang ramai mengenai program imunisasi pada masa ini.

Untuk rekod, Dr Annuar bersiaran langsung di Facebook setiap hari selepas 5.45 petang bagi berkongsi laporan harian COVID-19 di bandar Sibu.

Mengenai program suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Lanang semalam, beliau berkata untuk Bahagian Sibu, lebih daripada 3,500 petugas barisan hadapan diberi vaksin pada fasa pertama program imunisasi.

Barisan hadapan ini kebanyakan­nya dari Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan yang lain, termasuk polis, tentera dan RELA, tambahnya.

Dr Annuar, yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, berkata fasa dua program ini akan melibatkan warga emas, OKU dan mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi.

Beliau menekankan sangat penting bagi petugas barisan hadapan diberi vaksin untuk mengelakka­n risiko dijangkiti.

Dr Annuar Rapa’ee

 ??  ??
 ??  ?? SUNTIK: Dr Annuar menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Lanang, semalam.
SUNTIK: Dr Annuar menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Lanang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia