Utusan Borneo (Sarawak)

Proses imunisasi lancar, teratur: Uggah

1,688 kebanyakan­nya petugas barisan hadapan vaksin pada hari pertama kelmarin

- Oleh Jessica Jawing

Kita akan memberi vaksin kepada 2.2 juta orang dan ia adalah jumlah yang besar. Ini adalah antara operasi terbesar dijalankan oleh JPBNS.

Datuk Amar Douglas Uggah

Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Sekumpulan 1,688 individu yang kebanyakan­nya petugas barisan hadapan menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada hari pertama program imunisasi negeri dilancarka­n, kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, proses berkenaan berjalan lancar dan teratur.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke Bilik Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik COVID-19 di Kampung Emperoh Jambu di Padawan dekat sini, semalam.

Uggah berkata, vaksinasi diadakan di pusat-pusat pemberian vaksin di pelbagai bahagian di negeri ini kecuali bahagian Bintulu, Miri dan Limbang.

Beliau bagaimanap­un terkejut dengan laporan akhbar yang menyatakan bahawa Sarawak hanya memberi vaksinasi kepada 132 orang (pada hari pertama).

“Ini adalah berita palsu. Mereka harus menulis fakta yang benar. Semalam statistikn­ya mungkin lebih kecil berbanding sasaran kita mendapatka­n 900,000 untuk diberi vaksinasi seterusnya,” kata Uggah.

Mengenai pelaksanaa­n program vaksinasi negeri, beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitah­u, ia akan menjadi operasi yang besar dan mencabar.

“Kita akan memberi vaksin kepada 2.2 juta orang dan ia adalah jumlah yang besar. Ini adalah antara operasi terbesar dijalankan oleh JPBNS.

“Atas sebab itu kami harus sangat teliti dan terperinci dalam perancanga­n kita. Kami mahu mencapai semua orang yang mahu diberi vaksin dan layak untuk divaksinas­i.

“Namun saya yakin, semua jawatankua­sa pengurusan bencana bahagian masing-masing dapat memainkan peranan mereka dengan berkesan dengan pengalaman yang mereka ada,” katanya.

Berhubung pelaksanaa­n program vaksin di luar bandar, Uggah berkata persiapan mengenainy­a kini sedang dilakukan.

“Ia akan dilakukan untuk fasa kedua bermula pada April. Kami sekarang meminta pejabat daerah untuk melakukan pendaftara­n dan klinik kesihatan memeriksa status bagi mereka yang ingin diberi vaksin.

“Secara keseluruha­n, kami menyasarka­n untuk menyelesai­kan vaksinasi di seluruh negeri menjelang Ogos. Namun ia akan bergantung kepada bekalan vaksin kita,” katanya.

Sementara itu mengenai operasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Emperoh Jambu, Uggah berkata ia dilakukan kerana jumlah mereka yang dijangkiti meningkat.

“Kita telah mengesan 155 kes positif yang mana 60 daripadany­a adalah penduduk ini sendiri. Kita perlu mengawal situasi dan atas sebab itu kita melaksanak­an PKPD bermula dari 23 Februari hingga 8 Mac.

“Kami memohon maaf atas kesulitan ini tetapi ini adalah langkah terbaik untuk kita menghentik­an penyebaran serta menyelamat­kan nyawa. Kita berharap penduduk akan memberi kerjasama dengan duduk di rumah dan tidak akan berkumpul atau melawat sesama sendiri.

“Jika kita kekal berada di rumah, kita mampu menghentik­an serta mengelakka­n jangkitan berlaku,” katanya.

Uggah berkata, JPBNS kini hanya akan menumpukan pada

kawasan tertentu yang terjejas dan bukannya menutup seluruh bahagian atau daerah.

“Strategi kami adalah untuk mengesan, membuat ujian, menjejaki, mengasingk­an dan menyokong.

“Kami berjaya melakukan ini di beberapa tempat dengan kes positif. Kami berjaya mengawal keadaan di mana kami telah mengurangk­an dan kemudian menghentik­an penyebaran,” jelasnya.

Pada majlis itu, Uggah menyampaik­an sumbangan makanan oleh badan bukan kerajaan, wakil rakyat tempatan dan sektor swasta kepada Penghulu Richard Daho yang menerimany­a bagi pihak penduduk kampung.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ik Pahon dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing.

Turut hadir Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin.

 ??  ?? TAKLIMAT: Uggah dan Dr Jerip mendengar taklimat mengenai situasi PKPD oleh Dr Chong Yaw Liang dari Pejabat Residen Kuching.
TAKLIMAT: Uggah dan Dr Jerip mendengar taklimat mengenai situasi PKPD oleh Dr Chong Yaw Liang dari Pejabat Residen Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia