Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal cedera kemalangan dengan kereta

-

MIRI: Seorang lelaki cedera selepas motosikal yang ditunggang­inya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Lorong Wisma Persekutua­n, Kampung Cina, Marudi dekat sini, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut kira-kira jam 3.57 petang.

“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya satu kilometer dari balai bomba.

“Sampai di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.

“Kereta tersebut terbabas ke dalam parit dan pemandu berada dalam keadaan stabil, manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan dan terbaring di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Law berkata, mangsa yang cedera kemudianny­a diserahkan kepada pihak petugas kesihatan untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? KEMALANGAN: Mangsa yang mengalami kecederaan akibat kemalangan diberikan rawatan awal di lokasi kejadian.
KEMALANGAN: Mangsa yang mengalami kecederaan akibat kemalangan diberikan rawatan awal di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia