Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur dicekup kerana dadah di Kampung Bobak, Bau

-

KUCHING: Seorang penganggur dicekup selepas disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgu­naan dadah di Kampung Bobak, Bau kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek seorang lelaki berusia 28 tahun itu ditangkap sekitar jam 11.30 pagi oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di tepi sebuah rumah di kampung berkenaan.

“Suspek dalam keadaan mencurigak­an sebelum ditahan dan diperiksa. Semasa pemeriksaa­n lanjut di bahagian tubuh badan, suspek telah menyerahka­n kepada polis satu beg kecil warna hitam.

“Hasil pemeriksaa­n beg berkenaan telah menemukan satu peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar satu gram dan satu kerajang timah berisi tiga biji pil jenis Erimin 5 dengan berat kasar 0.85 gram ,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tegasnya, suspek kemudianny­a ditangkap dan dadah yang dijumpai dirampas untuk barang kes.

Tambah Poge, suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau untuk saringan awal air kencing.

Jelasnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphet­amine.

Menurut beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu katanya, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan direman untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? RAMPAS: Dadah yang dijumpai dalam beg suspek.
RAMPAS: Dadah yang dijumpai dalam beg suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia