Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sekawan dicekup dalam serbuan antidadah di Lawas

-

LAWAS: Serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Trusan dekat sini membuahkan hasil apabila polis merampas sejumlah syabu dengan penahanan dua sekawan, petang kelmarin.

Suspek, 30, dari Kampung Tang Itong bersama rakannya, 24, dari Kampung Tang Sango A, Trusan Lawas, ditahan dalan operasi yang dijalankan pada jam 9.37 pagi.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata, semasa pemeriksaa­n, suspek yang berusia 30 tahun menyerahka­n satu beg kecil berwarna hitam mengandung­i tiga peket plastik lutsinar yang di dalamnya terdapat 87 keratan tiub straw lutsinar berwarna biru, 22 keratan tiub straw lutsinar berwarna merah jambu dan lapan peket plastik lutsinar kecil berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu (Methamphet­amine).

“Manakala hasil pemeriksaa­n ke atas suspek berusia 24 tahun dan kenderaan tidak menjumpai barang salah.

“Kesemua syabu seberat 51.43 gram bernilai RM5,200 dirampas dalam serbuan itu,” katanya dalam kenyataan semalam. Roslan berkata, kedua-dua suspek negatif hasil ujian saringan awal air kencing.

Hasil siasatan awal katanya, suspek berusia 30 tahun yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau mengaku terlibat dengan pengedaran dadah sejak awal Mei 2017.

“Dadah diperolehi dengan cara mengirim duit kepada rakannya dari Kampung Long Sebangang untuk membeli bekalan syabu daripada seorang pembekal di Kampung Awat-Awat, Sundar.

“Kekerapan membeli dadah adalah sekali sebulan dan dipercayai mereka telah berusan dengan pembekal dari Kampung Awat-Awat sebanyak lima kali sejak awal Januari 2020,” katanya.

Polis turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal dalam serbuan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 ??  ?? BARANG KES: Syabu yang dirampas dalam serbuan kelmarin.
BARANG KES: Syabu yang dirampas dalam serbuan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia