Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah tidak berpenghun­i musnah terbakar

-

KUCHING: Sebuah rumah tidak berpenghun­i di Lorong Kedandi, Tabuan Jaya di sini musnah dalam kebakaran malam kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.38 malam sebelum menggerakk­an pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dengan dibantu BBP Batu Lintang dan Padungan ke lokasi.

“Komander operasi melapor kebakaran melibatkan sebuah rumah berkembar dua tingkat jenis kekal.

“Kebakaran menyebabka­n rumah tersebut musnah sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagaimanap­un jelasnya, kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa kerana rumah tersebut tidak berpenghun­i.

“Jiran sebelah rumah tersebut seramai tiga orang juga selamat dan tidak mengalami kecederaan,” tambahnya.

Menurut bomba lagi, kebakaran itu berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

 ??  ?? PADAM: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah di Tabuan Jaya malam kelmarin.
PADAM: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah di Tabuan Jaya malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia