Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak terima vaksin Pfizer-BioNTech dalam tiga fasa

Ia dijangka melibatkan 13 penghantar­an dari Feb hingga Ogos, KM yakin keupayaan JPBNS laksana program imunisasi

- Oleh Marlinda Mardzuki

Bagaimanap­un, saya yakin Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang dipengerus­ikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah serta pasukannya amat berdedikas­i serta dapat

” melaksanak­annya dengan jayanya.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KUCHING: Sarawak dijangka menerima 13 penghantar­an vaksin Pfizer-BioNTech dalam tiga fasa dari Februari hingga Ogos 2021, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari berkata, sebanyak 23,400 dos vaksin berkenaan diterima oleh Sarawak baru-baru ini dalam penghantar­an pertama.

“Ia adalah untuk 11,700 petugas barisan hadapan di negeri ini atau lima peratus yang bermula pada Jumaat lalu hingga 31 April.

“Dalam tempoh terbabit, Sarawak akan menerima 87,750 dos bagi kegunaan 97,161 petugas barisan hadapan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Negeri Sarawak untuk petugas barisan hadapan di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini, semalam.

Bagi fasa kedua pula, kata Abang Johari, Sarawak akan menerima enam hantaran dengan 87,750 dos melibatkan 956,435 penerima atau 72 peratus terdiri daripada kalangan warga yang lanjut umur dan kumpulan rentan bagi tempoh April dan Mei.

“Seterusnya, bagi fasa ketiga Sarawak juga akan menerima enam hantaran untuk kumpulan sasaran terdiri daripada 999,834 individu yang berumur 18 tahun ke atas atau 43 peratus dalam tempoh antara Mei hingga Ogos.

“Vaksin ini akan dihantar ke 54 lokasi yang ditentukan di seluruh negeri, tempat pemberian vaksinasi.

“Pelaksanaa­n program ini adalah latihan yang sangat sukar kerana memerlukan perancanga­n rapi dan banyak tenaga kerja serta logistik diperlukan memandangk­an geografi Sarawak agak luas.

“Bagaimanap­un, saya yakin Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang dipengerus­ikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah serta pasukannya amat berdedikas­i serta dapat melaksanak­annya dengan jayanya,” ujarnya.

Beliaumemb­eritahu,sebagai rekod, sejak semalam lebih daripada 218 juta dos vaksin diberikan di 99 negara.

Menurut Laporan di Amerika Syarikat (AS) katanya, vaksinasi telah menurunkan kadar jangkitan keseluruha­n kepada 4.6 peratus daripada sembilan peratus tanpa vaksinasi, selama 300 hari.

“Hasilnya menunjukka­n bahawa vaksinasi dapat memberi kesan besar dalam mengurangi wabak COVID-19, meskipun dengan adanya perlindung­an terhad terhadap jangkitan,” kata beliau.

Bagaimanap­un tambahnya, pematuhan berterusan terhadap campur tangan bukan farmasi sangat penting untuk mencapai kesan ini.

“Di United Kingdom, data baharu oleh Kesihatan Awam England menunjukka­n bahawa dos pertama vaksin Pfizer BioNTech memberikan tahap perlindung­an yang tinggi terhadap jangkitan dan penyakit simptomati­k,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an orang ramai bahawa vaksin bukan penawar atau penyembuh tetapi perlindung­an terhadap kemungkina­n jangkitan yang dapat membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing dan tetamu kehormat lain.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? KETIBAAN: Abang Johari diiringi Uggah, Dr Sim, Dr Chin sebaik tiba pada majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Negeri Sarawak untuk petugas barisan hadapan di Stadium Perpaduan Petra Jaya, semalam.
— Gambar Roystein Emmor KETIBAAN: Abang Johari diiringi Uggah, Dr Sim, Dr Chin sebaik tiba pada majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Negeri Sarawak untuk petugas barisan hadapan di Stadium Perpaduan Petra Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia