Utusan Borneo (Sarawak)

KM kongsi pengalaman terima suntikan dos pertama vaksin

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkongsi pengalaman­nya menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Menurutnya, beliau bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Profesor Dato Sri Dr Sim Kui Hian menerima suntikan di Klinik Kesihatan, Petra Jaya kelmarin.

“Suntikan vaksin PfizerBioN­Tech adalah selamat, malah dari semalam (Jumaat) saya tidak ada kesan sampingan bahkan berasa lebih cergas lagi,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini, semalam.

Abang Johari berkata, beliau dijadualka­n menerima dos kedua vaksin yang sama pada 19 Mac nanti.

“Pesanan saya kepada seluruh rakyat Sarawak jangan takut untuk mendaftar dan tampil bagi menerima suntikan vaksin yang telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Bagi individu yang tidak mempunyai isu kesihatan, mereka perlu menerima vaksin ini,” katanya.

Beliau menambah, penduduk Sarawak boleh mendaftar melalui aplikasi

MySejahter­a atau pejabat daerah atau klinik kesihatan, ketua kaum atau kapitan di tempat masing-masing untuk mendapatka­n vaksin berkenaan.

“Kita menyasarka­n untuk memberi vaksin kepada dua juta rakyat Sarawak dan 200,000 bukan warganegar­a.

“Program tersebut akan dilaksanak­an dalam tiga fasa dalam tempoh masa tujuh bulan dari Februari hingga Ogos tahun ini,” katanya sambil menambah, pemberian vaksin adalah tertakluk kepada bekalan.

Turut hadir pada sidang media semalam Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

 ?? Roystein Emmor
— Gambar ?? DAFTARLAH: Abang Johari, Uggah dan tetamu kehormat lain pada sidang media semalam.
Roystein Emmor — Gambar DAFTARLAH: Abang Johari, Uggah dan tetamu kehormat lain pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia