Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Kedup diseru daftar untuk dapatkan vaksin COVID-19

-

SERIAN: Masyarakat di Kedup yang belum mendaftar mendapatka­n vaksin COVID19 digesa untuk tidak teragak-agak berbuat demikian demi keselamata­n diri dan keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup Martin Ben berkata, namun beliau percaya di kawasan berkenaan kebanyakan pendudukny­a sudah mendaftar menerusi MySejahter­a.

“Ramai yang bertanya kepada kita bagaimana untuk mendaftar dan ada yang sudah membuat pendaftara­n menerusi MySejahter­a di mana mereka belum lagi mendapat maklum balas kerana menunggu giliran.

“Pada masa yang sama saya berharap kepada rakyat di Kedup yang masih belum mendaftar supaya tidak teragak-agak untuk mendaftar, jangan mendengar berita yang (disebarkan) orang tidak bertanggun­gjawab mengenai vaksin,” katanya.

Beliauberk­atademikia­npada Program Imunisasi Covid-19 Sarawak di Dewan Masyarakat Serian, di sini, semalam.

Martin menerima suntikan vaksin berkenaan semalam bersama-sama petugas barisan hadapan di bahagian itu.

Beliau turut melahirkan terima kasih dan penghargaa­n kepada kerajaan kerana memberi vaksin kepada semua petugas barisan hadapan di negeri ini tanpa mengira di mana mereka berada.

“Fasa kedua nanti melibatkan orang awam dan juga kumpulan sasaran iaitu mereka berusia 60 tahun ke atas, kita berharap ia berjalan lancar.

“Kita amat berharap semua masyarakat kita dapat mendaftar demi keselamata­n diri dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Residen Bahagian Serian Tuah Suni ketika ditemui berkata, semalam seramai 48 petugas barisan hadapan menerima suntikan vaksin COVID-19 selepas 102 orang dari pelbagai agensi kelmarin.

“Pada hari ini (semalam) selain petugas barisan hadapan, turut menerima vaksin ialah tetamu kehormat dan ketua jabatan atau agensi barisan hadapan yang ada di sini.

“Pada fasa pertama ini, sejumlah 4,323 barisan hadapan menerima vaksinasi di bahagian ini dan fasa kedua melibatkan orang awam dan kumpulan berisiko dianggarka­n 108,000 orang bakal menerima vaksin,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuah berkata program vaksinasi di Serian yang bermula kelmarin dan semalam berjalan lancar.

“Kita menerima kerjasama yang amat baik daripada penerima dan kita juga melihat orang awam kini mulai sedar mengenai kepentinga­n vaksin ini di mana ramai yang telah membuatpen­daftaranme­nerusi MySejahter­a,” katanya.

 ??  ?? DOS PERTAMA: Martin antara barisan hadapan yang menerima vaksin di Bahagian Serian, semalam.
DOS PERTAMA: Martin antara barisan hadapan yang menerima vaksin di Bahagian Serian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia