Utusan Borneo (Sarawak)

Julaihi antara wakil rakyat Sarawak terima suntikan dos pertama vaksin

-

KUCHING: Menteri Muda Pembanguna­n Pelabuhan dan Infrastruk­tur Datuk Julaihi Narawi merupakan antara wakil rakyat di negeri ini yang menerima suntikan dos pertama vaksin COVID19 semalam.

Beliau menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 peringkat negeri yang dilancarka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini.

Selain Julaihi, turut menerima suntikan vaksin jenis Pfizer- BioNTech adalah beberapa wakil rakyat serta anggota petugas barisan hadapan di Sarawak.

Beliau ketika ditemui menasihatk­an orang ramai agar tidak teragak-agak menerima vaksin COVID-19.

Penerimaan vaksin katanya, penting untuk melindungi diri sendiri serta keluarga masing-masing.

Menurutnya, setiap lapisan masyarakat Insya-Allah akan mendapat suntikan vaksin masing-masing mengikut ketetapan atau fasa yang telah dirangka oleh pihak berkuasa.

“Diharapkan semuanya semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudah­kan untuk kita semua,” kata Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia