Utusan Borneo (Sarawak)

Pemakaian pelitup muka terus dikuat kuasa biarpun pemberian vaksin sudah bermula

-

KUCHING: Pematuhan pemakaianp­elitupmuka­akanterus dikuatkuas­akan meskipun pemberian vaksin COVID-19 sudah bermula, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Jumaat lalu, kita telah mencapai sasaran untuk memberikan suntikan vaksin kepada 1,688 orang.

“Mulai sekarang hingga Ogos, program imunisasi akan kita terus laksanakan. Saya harap usaha ini dapat memutuskan rangkaian COVID-19 dan kita dapat kembali kepada kehidupan normal, namun turut mempraktik­kan amalan norma baharu.

“Bagaimanap­un, pelitup muka akan terus digunakan sehingga COVID-19 benarbenar berakhir. Barulah kita dapat kembali kepada kehidupan normal kita. Setelah itu, kita perlu menjaga diri kita sendiri, keluarga, rakan dan masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini, semalam

Dalam pada itu, Abang Johari memberitah­u kerajaan Sarawak telah meluluskan sejumlah RM30 juta untuk penghantar­an vaksin COVID19 ke kawasan luar bandar.

“Kita bersetuju kerana Sarawak mempunyai kawasan yang luas di mana kos logistik juga tinggi malah kerajaan persekutua­n turut meminta bantuan kita dalam hal ini.

“Maka itu, kita telah memperuntu­kkan sejumlah RM30 juta untuk mempermuda­hkan pemberian vaksin ke tempattemp­at di pedalaman sehingga semua rakyat kita dapat mendapat vaksin ini,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri

Sarawak (JPBNS) dan petugas barisan hadapan atas peranan mereka dalam membantu mengekang penularan COVID-19.

Bagaimanap­un, beliau meminta rakyat Sarawak untuk bersatu memerangi wabak ini kerana ia adalah tanggungja­wab kita semua.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua rakyat Sarawak atas respons mereka terhadap program imunisasi ini dan saya lihat mereka setuju bahawa vaksin adalah langkah perlindung­an yang perlu dilaksanak­an di negeri ini,” katanya.

 ?? — Gambar Jabatan Penerangan ?? IMUNISASI: Julaihi ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya semalam.
— Gambar Jabatan Penerangan IMUNISASI: Julaihi ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia