Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri komited laksana pelbagai program

Turun padang santuni, beri bantuan kepada rakyat Sabah

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kerajaan negeri terus komited membantu menyalurka­n bantuan bakul makanan dengan pelbagai program-program yang dijalankan bagi membantu rakyat yang terjejas.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata pihaknya turut turun padang menyantuni dan memberi bantuan kepada rakyat di seluruh di negeri ini.

“Kita sudah menyempurn­akan beberapa siri bantuan melalui program kembara prihatin di negeri ini sejak awal bulan Febuari lagi dan dijangkaka­n sehingga Mac nanti.

“Program ini berkait rapat dengan bantuan COVID19 2.0 yang mana kerajaan negeri sudah menyalurka­n bantuan bakul makanan dan bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300 terutamany­a kepada golongan B40,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an sumbangan sebanyak 100 bakul makanan kepada golongan B40 dan lima buah kerusi roda kepada mereka yang memerlukan di kawasan Tanjung Batu, di sini.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri sentiasa menitikber­atkan soal kebajikan seluruh rakyatnya lebih-lebih lagi mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Pelbagai usaha dan kaedah telah digunakan untuk membantu semua golongan supaya setiap bebanan yang mereka tanggung dapat diringanka­n melalui program-program sedang berlangsun­g.

“Pihak kerajaan berharap dengan adanya bantuan ini juga, rakyat terus menikmati hasil usaha keprihatin­an kerajaan terhadap kebajikan rakyat tanpa terkecuali,”katanya.

Turuthadir­PembantuMe­nteri

Belia dan Sukan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri

Tanjung Batu Andi Muhammad Suryady Hj Bandy.

 ??  ?? BANTUAN: Shahelmy menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada 100 golongan B40 di DUN Tg Batu.
BANTUAN: Shahelmy menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada 100 golongan B40 di DUN Tg Batu.
 ??  ?? KERUSI RODA: Shahelmy (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada lima golongan yang memerlukan.
KERUSI RODA: Shahelmy (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada lima golongan yang memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia