Utusan Borneo (Sarawak)

Warga JaPen diseru jalankan tugas dengan amanah, integriti

-

KOTA KINABALU: Warga Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) diseru untuk menjalanka­n tugas dengan penuh amanah dan berintegri­ti.

Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka berkata, jawatan yang diberi bukanlah untuk bermegah, tetapi sebuah tanggungja­wab yang perlu dilaksanak­an sebaiknya.

“Walau di mana sahaja kita ditempatka­n untuk berkhidmat, tugas yang diberikan perlu dijalankan sebaik mungkin kerana itulah janji kita kepada kerajaan.

“Selain itu, berpegangl­ah pada moto ‘Saya Yang Menjalanka­n Amanah’ agar imej serta nama jabatan dapat diangkat ke persada lebih tinggi,” katanya dalam Majlis Persaraan beliau di Wisma Dang Bandang, pada Jumaat.

Pada majlis yang diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) itu juga, Norzawiyah menjelaska­n bahawa warga jabatan sebenarnya diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan.

“Oleh yang demikian, norma baharu tidak seharusnya dijadikan halangan atau alasan dalam menjalanka­n tugas sebagai penjawat awam meski tidak dapat melakukan program secara bersemuka.

“Tambahan pula, sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat, kakitangan JaPen juga adalah antara yang awal akan menerima suntikan vaksin COVID-19 nanti,” katanya lagi.

Mengulas mengenai rancangan selepas bersara, beliau ingin merealisas­ikan impian untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, menjaga kedua ibu bapa dan membuat rumah keluarga di Tawau.

Untuk rekod, Norzawiyah berkhidmat selama 30 tahun sebagai warga JaPen dan dilantik sebagai Pengarah Penerangan Sabah pada 25 Jun 2018 sehinggala­h persaraann­ya pada umur 55 tahun. — Penerangan

 ??  ?? KETIKAN KAD TERAKHIR: Norzawiyah melakukan ketikan kad kehadiran hari terakhir perkhidmat­annya.
KETIKAN KAD TERAKHIR: Norzawiyah melakukan ketikan kad kehadiran hari terakhir perkhidmat­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia