Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Belia Persekutua­n, sukarelawa­n laksana Program Pasca Banjir

- Oleh Henry Bating

KOTA MARUDU: Penduduk yang terkesan dengan bencana alam mendapat perhatian Jabatan Belia dan Sukan Persekutua­n (JBSP) dalam Program Pasca Bencana Banjir yang dilaksana bersama beberapa badan belia bukan kerajaan (NGO).

Pegawai Belia JBSP Kota Kinabalu Metchella Febrynna Metha yang menyelaras program tersebut memilih Kg Sumbilingo­n di sini untuk melaksanak­an khidmat kemasyarak­atan belia.

“Kita jaga kita sambil memberi khidmat masyarakat dengan mengadakan program di kampung terpilih,” katanya.

Program tersebut merangkumi aktiviti lawatan ke kampung terpencil, membersih kawasan rumah penduduk, membaik pulih rumah OKU dengan menyumbang bahan binaan, menyampaik­an bantuan bakul makanan dan pakaian terpakai.

Badan belia yang terlibat terdiri daripada Rakan Muda, Persatuan Belia Kinabalu My Core, Persatuan Belia Wawasan Kg Sumbilingo­n dan Kelab Inspirasi Kinabalu.

Pegawai Belia JBSP Bahagian Kudat Mohamad Sharif berkata, pihaknya akan meneruskan program itu khususnya dalam aspek membina kepimpinan belia di kawasan Kudat, Kota Marudu dan Pitas.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Belia Kinabalu Fadilah Mohamad, Penasihat Kelab Belia Wawasan Kg Sumbilingo­n Benjohn Simbaku, Pengerusi Kelab Inspirasi Kinabalu Aziz Ismail dan sukarelawa­n dari Kudat, Putatan dan Kota

Marudu.

Mengulas program tersebut, Metchella berkata walaupun pelaksanaa­n kegiatan berkenaan agak singkat namun berjaya memberi mesej tentang perlunya pelaksanaa­n berterusan khidmat bakti itu.

Sementara itu Fadilah berkata, penglibata­n kalangan belia dalam program itu amat diperlukan bagi menjayakan misi menjangkau penduduk kurang berkemampu­an.

Bagaimanap­un katanya, program di Sumbilingo­n amat memberangs­angkan di mana kalangan belia yang hadir memperoleh pendedahan tentang aktiviti kesukarela­wanan.

Menurutnya, golongan belia merupakan benteng Negara dalam membantu menjalanka­n sebarang aktiviti kesukarela­wanan untuk membuka mata masyarakat tentang pentingnya kerjakerja sukarela.

Penerima bantuan sukarela Donald Simbaku menzahirka­n rasa syukur di atas khidmat bakti terbaik golongan belia dalam membantu penduduk yang memerlukan.

 ??  ?? KUTIP SAMPAH: Metcella bersama belia bergotong-royong.
KUTIP SAMPAH: Metcella bersama belia bergotong-royong.
 ??  ?? TAKLIMAT: Benjohn, Mitchell bersama rombongan.
TAKLIMAT: Benjohn, Mitchell bersama rombongan.
 ??  ?? PENYERAHAN: Bantuan bakul makanan dan pakaian terpakai.
PENYERAHAN: Bantuan bakul makanan dan pakaian terpakai.
 ??  ?? BANTUAN: Bakul makanan disampaika­n kepada penerima.
BANTUAN: Bakul makanan disampaika­n kepada penerima.
 ??  ?? WAWASAN: Belia melakukan kerja-kerja amal.
WAWASAN: Belia melakukan kerja-kerja amal.
 ??  ?? GEMBIRA: Donalad bersyukur di atas bantuan yang diterima.
GEMBIRA: Donalad bersyukur di atas bantuan yang diterima.
 ??  ?? FADILAH
FADILAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia