Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Huzaimah pertama terima suntikan vaksin di Daerah Mukah

-

MUKAH: Pegawai Kesihatan Bahagian Hospital Mukah Dr Huzaimah Husin merupakan individu pertama di Daerah Mukah yang menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Bahagian Mukah kelmarin.

Antara individu yang menyusul dan turut mendapat suntikan ialah Residen Bahagian Mukah Hamdiah Bakir, Pemangku Pegawai Daerah Mukah Paleadzman Ahip, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mukah Kapten (PA) Zuriza Sharkawi dan Pemangku Pegawai RELA Daerah Mukah PgR Awang Abdul Rahman Awang Shajirin.

Secara keseluruha­n, suntikan fasa pertama ini melibatkan petugas barisan hadapan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan bukan KKM.

Sementara itu, Dr Huzaimah berkata seramai 1,368 petugas barisan hadapan akan menerima suntikan bagi fasa pertama di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu.

“Mereka diberi vaksin bermula hari ini (Jumaat) hingga Rabu depan untuk kumpulan pertama fasa satu program vaksinasi ini,” katanya ketika dihubungi.

Terdapat empat pusat pemberian vaksin bagi daerah ini bagi fasa pertama iaitu Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Mukah, Hospital

Mukah, Hospital Dalat dan Hospital Daro.

Sebelumnya, beliau memberitah­u vaksin tiba pada tengah hari kelmarin di Hospital Mukah melalui jalan darat dari Makmal Ubat dan Stor Bahagian Sibu yang diiringi pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah.

Sementara itu, Hamdiah turut berkongsi pengalaman­nya ketika menerima vaksin petang kelmarin.

“Keadaannya seperti biasa sahaja dan tidak ada pun rasa kelainan,” jelasnya.

Justeru, beliau turut menyeru semua penduduk Bahagian Mukah untuk tidak berasa ragu-ragu untuk menerima vaksin tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia