Utusan Borneo (Sarawak)

ACD di Zon Tiong Hua, Sibu awal minggu depan: Dr Annuar

-

SIBU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) akan melancarka­n satu lagi pengesanan kes aktif (ACD) yang disasarkan secara besar-besaran di Zon 7 Tiong Hua pada awal minggu depan untuk mengekang penularan COVID-19, kata penyelaras­nya Dr Annuar Rapa’ee.

Beliau menegaskan usaha berkenaan sangat penting untuk memastikan penduduk yang positif COVID-19 dapat dikesan dengan segera.

“Pihak jawatankua­sa telah mengadakan mesyuarat dan memutuskan untuk melakukan ujian calitan ke atas penduduk di Zon Tiong Hua seawal minggu depan kerana kami tidak mahu ada yang ketinggala­n.

“Kami akan berusaha untuk menurunkan jumlah kes harian di sana dengan mengesan mereka yang positif virus secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 fasa pertama di Klinik Kesihatan Lanang Sibu, semalam.

Menteri Muda Kesihatan Awam itu memberitah­u penduduk di kawasan tersebut boleh melakukan ujian calitan di hospital swasta berdekatan selepas satu prosedur yang dipersetuj­ui dengan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Ini katanya, susulan pihak JPBBS tidak akan membina tempat khas untuk program berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menerima soalan daripada orang ramai yang bertanya mengapa sekatan pergerakan tidak dikenakan di zon Tiong Hua.

Dr Annuar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menjelaska­n ada beberapa sebab untuk tidak melaksanak­an sekatan pergerakan kerana berdasarka­n pemerhatia­n, kebanyakan mereka yang tinggal di zon itu adalah penyewa dan bukannya penduduk asal.

“Jadi, dalam sebuah rumah, terdapat lebih dari 10 penyewa tempat itu dan keadaan yang sesak juga memudahkan penularan virus ini.

“Tetapi (penularan) tidak melibatkan seluruh kawasan Tiong Hua. Itulah sebab kita tidak mahu untuk melaksanak­an sekatan pergerakan di kawasan itu,” jelasnya.

Selain itu katanya, terdapat begitu banyak jalan masuk dan keluar yang menyukarka­n pemantauan dan kawalan jika sekatan pergerakan dikenakan, tambahnya.

Beliau juga menasihati mereka yang berada di kawasan Merah, yang berisiko tinggi atau mempunyai hubungan dekat dengan pesakit positif COVID-19, untuk segera menjalani ujian calitan.

Beliau turut mendesak mereka yang telah diuji positif untuk COVID-19 untuk bersikap jujur dengan memberitah­u rakan-rakan kontak rapat mereka agar mereka juga dapat menjalani ujian calitan sebagai langkah pencegahan.

Antara yang diberi suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Lanang semalam ialah Senator Robert Lau, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dan Timbalanny­a Superinten­den Collin Babat, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting dan Pegawai Daerah Sibu Suhaili Mohamed.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Annuar (tengah) bersama (dari kanan) Sempurai, Lau, Stanley dan yang lain merakamkan kenangan selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 fasa pertama di Klinik Kesihatan Lanang, semalam.
UNTUK ALBUM: Dr Annuar (tengah) bersama (dari kanan) Sempurai, Lau, Stanley dan yang lain merakamkan kenangan selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 fasa pertama di Klinik Kesihatan Lanang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia