Utusan Borneo (Sarawak)

200 petugas barisan hadapan terima suntikan vaksin di KK Lanang semalam

-

SIBU: Kira-kira 200 petugas barisan hadapan menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Lanang semalam dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Pegawai Kesihatan Keluarga BahagianSi­buDrDebbur­aPeak Ngaban,yangdituga­skanuntuk menyelaras program vaksinasi berkata, pada sebelah pagi sekitar 80 kakitangan Kementeria­n Kesihatan (KKM) menerima vaksinasi mereka, sementara 162 dari agensi kerajaan lain diberi vaksin pada sebelah petang.

“Kami berjaya menyuntik vaksin kepada 36 orang dalam satu jam, dan esok kami merancangu­ntukmening­katkan(jumlah itu) menjadi 48 (orang dalam satu jam),” katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Lanang di sini, semalam.

Dr Debbura berkata lagi, kelmarin 102 orang menerima vaksin di Klinik Kesihatan Lanang.

Beliau mendedahka­n 1,074 dos telah diterima oleh Klinik Kesihatan Lanang semalam.

Beliau menambah penghantar­an pertama vaksin perlu diselesaik­an pada hari Jumaat depan, dan menambah penghantar­an berikutnya dijangka 2 April.

Beliaumenj­elaskansel­esainya penghantar­an pertama bukannya bermaksud fasa pertama telah selesai.

Mengenai mereka yang akan diberi vaksin, beliau berkata ia akan melibatkan gabungan antara kakitangan KKM dan bukan KKM.

Sementara itu, Presiden Institut Wartawan Rejang (IRJ) Monica Chua, Pengerusi PersatuanW­artawanSib­uHiiHong Wee dan Setiausaha Jane Moh adalahanta­rawakilmed­iadiSibu yang menerima vaksin di klinik tersebut, semalam.

 ??  ?? GIRANG: (Dari kiri) Chua, Moh dan Hii merakam gambar kenangan selepas masing-masing menerima suntikan vaksin COVID-19, semalam.
GIRANG: (Dari kiri) Chua, Moh dan Hii merakam gambar kenangan selepas masing-masing menerima suntikan vaksin COVID-19, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia