Utusan Borneo (Sarawak)

Daftar untuk dapatkan suntikan vaksin, pelbagai saluran tersedia

-

MUKAH: Kerajaan telah menyediaka­n pelbagai saluran bagi rakyat memudahkan melakukan pendaftara­n mendapatka­n suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, antaranya adalah melalui aplikasi mudah MySejahter­a dan juga pendaftara­n secara manual melalui ketua-ketua kaum, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan juga di pejabat daerah.

“Jangan dengar khabar angin, sila daftar diri anda untuk dapatkan vaksin sekarang,” ujarnya sejurus mendapat suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Hospital Daro petang kelmarin.

Beliau tidak mahu ada penduduk Daro yang tercicir dalam menerima vaksin penyelamat nyawa itu, sekali gus mengikis ketidakyak­inan terhadap vaksin dan perasaan waswas mereka.

Buktinya, beliau sendiri telah selamat diberikan suntikan vaksin beserta penerima suntikan fasa pertama yang lain.

Turut menerima suntikan ialah Pengarah Hospital Daro Dr Al Husna Dahyan, Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli, Ketua Polis

Daerah Matu-Daro DSP Neil Beginda, Ketua Balai Bomba Daro Mohd Nor Abdullah, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Daro Lt Mohd Najib Mohidden dan Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daro Awang Dasuki Awang Dol.

Seramai 66 penerima dos pertama untuk fasa pertama di Daerah Daro petang semalam.

Mereka terdiri daripada kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan juga petugas barisan hadapan.

Sebelum proses suntikan, satu taklimat telah diberikan oleh Dr Al Husna kepada semua penerima suntikan.

Setelah suntikan, semua penerima vaksin juga telah dipantau selama 15 hingga 20 minit.

 ??  ?? SELAMAT TERIMA SUNTIKAN: Safiee (baris depan, tengah) bersama yang lain setelah menerima suntikan vaksin fasa pertama di Daro, kelmarin.
SELAMAT TERIMA SUNTIKAN: Safiee (baris depan, tengah) bersama yang lain setelah menerima suntikan vaksin fasa pertama di Daro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia