Utusan Borneo (Sarawak)

KKM Sarikei terima 1,170 dos vaksin COVID-19

-

SARIKEI: Sebanyak 1,170 dos vaksin COVID-19 telah diterima oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Sarikei untuk dimanfaatk­an pada fasa pertama yang melibatkan proses imunisasi kepada petugas barisan hadapan.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei Dr Emmanuel Joseph Fong Tsung berkata, fasa pertama difokuskan kepada petugas barisan hadapan KKM Bahagian Sarikei, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan wakilwakil rakyat.

“Suntikan dos kedua kepada kumpulan ini akan dilakukan selepas 21 hari suntikan dos pertama.

“Sementara itu, pada hujung Mac atau awal April, kita akan menerima dos vaksin fasa pertama bahagian kedua dengan jumlah 2,340 dos dan ia akan diperuntuk­kan untuk agensi-agensi dan jabatan kerajaan yang lain.

“Manakala bagi fasa kedua, kumpulan sasaran adalah warga emas yang berumur lebih 60 tahun dan individu yang menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan, obesiti dan orang kelainan upaya (OKU) dan dijadualka­n pada hujung April,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi taklimat ringkas bersama media pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi Bahagian Sarikei di Klinik Kesihatan Sarikei, semalam.

Dr Emmanuel berkata, individu yang akan menerima suntikan perlu memaklumka­n doktor atau jururawat jika mereka mempunyai alahan terhadap sebarang vaksin dan ubat-ubatan, berasa tidak sihat dan demam dengan suhu badan yang tinggi, mempunyai masalah pendarahan dan sistem ketahanan badan yang lemah akibat penyakit.

Katanya, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu diteruskan selepas menerima suntikan vaksin.

“Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei menyeru semua penduduk di Bahagian Sarikei bersiap sedia dan tampil untuk menerima vaksin COVID-19 di pusat- pusat pemberian vaksin nanti demi melindungi diri dan orang di sekeliling mereka.

“Orang ramai dinasihati agar tidak mudah terpengaru­h dengan maklumat yang tidak sahih mengenai COVID-19 dan berhubung dengan pihak Pejabat Kesihatan sekiranya mempunyai kemusykila­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia